Posts

Showing posts from 2026

Reflection: If This Were My Last Ramadan, Am I Ready?

Image
 BY AN UNKNOWN AUTHOR. 100% cut & paste, unexpurgated and unaltered. This is a beautiful and deeply moving piece of muhasabah (self-reflection). It captures that bittersweet shift from the outward festivities of youth to the inward spiritual urgency of maturity. Here is the translation into English, preserving the contemplative and soulful tone of the original. Reflection: If This Were My Last Ramadan, Am I Ready? Approaching Ramadan at our current age feels different. In our 20s or 30s, Ramadan was defined by the atmosphere: What’s on the menu for iftar? What color is the new Eid outfit? How many jars of cookies are on the table? Everything felt light. Life felt like it would stretch on forever. But now? Ramadan feels quieter. More serious. More soul-stirring. This age is not just a number; it is a gentle alarm from Allah. Not intended to frighten us, but to awaken us. To remind us that the time remaining is less than the time that has passed. We start to see our peers falling...

Tajuk : “ Cahaya di Ambang Fajar Ramadhan “

 ==== 18/2/26 WED 🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋❤️🦋 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri  194 @ 18/2/26 @ Rabu ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 ✨✨Tajuk : “ Cahaya di Ambang Fajar Ramadhan “✨✨ 1️⃣ Mukaddimah : 💥💥 Di ambang fajar Ramadhan, kita berdiri di persimpangan— antara masa lalu yang penuh dosa dan peluang masa depan yang penuh cahaya. Ramadhan bukan sekadar bulan, tetapi panggilan Allah untuk kita kembali. Persoalannya… adakah kita akan menyambutnya dengan hati yang hidup, atau sekadar tubuh yang berpuasa? 2️⃣ Ramadhan: Anugerah Indah Dari Allah : ❤️❤️ Ramadhan adalah: • bulan keampunan • bulan rahmat • bulan pembebasan dari neraka Tidak semua orang diberi peluang bertemu Ramadhan. Ramai yang tahun lalu bersama kita, tetapi hari ini hanya tinggal nama dalam doa. ➡️ Maka Ramadhan ini bukan kebiasaan— ia adalah hadiah yang sangat mahal dari Allah. 3️⃣ Cahaya Apa Yang Kita Tu...

Doa di bulan Ramadhan

Image
 *Doa di bulan Ramadhan*  Ya Allah Ya Tuhanku! Kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosa kami, Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat. Berikanlah kami kemenangan ke atas kelemahan diri kami ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan. Terimalah doa-doa kami, ibadah kami dan amalan-amalan baik kami. Ya Allah berkatilah kami dengan menyaksikan lailatul Qadr. Tunjukkanlah kami ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu. Bantulah kami dalam mendapatkan khushu; dan ikhlas dalam melaksanakan ibadah kami. Bantulah kami untuk lebih mendekatkan diri kami kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir. Jadikan kami hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi. Tingkatkanlah tahap keimanan kami, tawakkal kami dan keyakinan kami kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepada kami. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur. Ber...

Tajuk : “ Apabila Solat Hilang Rasa Kehambaan “

🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 190 @ 14/2/26 @ Sabtu ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 ✨Tajuk : “ Apabila Solat Hilang Rasa Kehambaan “✨ Muqaddimah :🌷 Ramai orang masih solat. Berdiri, rukuk, sujud — lengkap rukun. Tetapi malangnya… yang hilang bukan solat, yang hilang ialah rasa kehambaan. 📌 Kita berdiri di hadapan Allah, tetapi hati berdiri bersama dunia. Apa Itu Rasa Kehambaan? :🌟 Rasa kehambaan ialah:  • rasa diri kecil di hadapan Allah  • rasa sangat bergantung kepada-Nya  • rasa tak layak, tapi sangat berharap ➡️ Bila ada kehambaan:  • solat terasa hidup  • doa terasa dekat  • air mata mudah jatuh Bila hilang kehambaan:  • solat tinggal pergerakan  • bacaan tinggal suara  • hati tinggal kosong Bila Solat Hilang Rasa Kehambaan…:❤️❤️ Apabila solat dibuat:  • kerana rutin  • kerana kewajipan semata ...

Hafal walau tak hafal-hafal

 . Hafal walau tak hafal-hafal. Ayat ini nampak pelik. Tapi inilah realiti ramai orang. Ada hari hafazan lancar. Ada hari ayat langsung tak lekat. Ada hari ulang berkali-kali, tetap lupa. Dan di situlah ramai berhenti. Padahal masalahnya bukan tak mampu hafal, tetapi terlalu kecewa bila tak nampak hasil cepat. Al-Quran tidak meminta kita berjaya setiap hari. Ia meminta kita hadir setiap hari. Hafal walau: hari ini lupa semalam hari ini cuma lekat satu baris hari ini rasa kosong Kerana yang membina hubungan dengan al-Quran bukan kejayaan harian, tetapi kesetiaan ketika gagal. Jika hari ini kita masih duduk dengan mushaf, walaupun tak hafal-hafal, itu sudah ibadah. Teruskan. Kadang-kadang, Allah sedang mendidik sabar, sebelum Dia hadiahkan ingatan. Lebih baik hafal walau tak hafal-hafal, daripada berhenti kerana malu dan kecewa. Itulah. #HarfizHamzah #HafalWalauTakHafal #Istiqamah #AlQuran

Doa yang Indah

2/2/26 ISNIN Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Hamba-Mu ini datang pada malam yang mulia ini dengan hati yang penuh kekurangan dan dosa. Aku hanyalah debu di hadapan-Mu, lemah, sering lalai, dan banyak khilaf. Tiada daya upaya bagiku melainkan Engkau, tiada harapan selain rahmat-Mu yang luas. Ya Rabb, dengan segala kerendahan hati, aku mengaku bahawa aku ini hamba yang zalim kepada diriku sendiri. Ampunilah segala dosa-dosaku yang besar mahupun kecil, yang aku tahu mahupun yang aku lupa. Janganlah Engkau hukum aku dengan keadilan-Mu semata, tapi limpahkanlah kelembutan dan pengampunan-Mu yang Engkau janjikan kepada hamba-hamba-Mu yang bertaubat. Ya Allah, pada malam Nisfu Sya'ban ini, di saat Kau turunkan rahmat-Mu dan tentukan segala urusan, Aku memohon dengan penuh harapan. Perbaikilah takdirku, hapuskanlah kesengsaraan dan kesempitan rezeki jika itu tertulis bagiku, Tulislah aku di kalangan orang-orang yang berbahagia, yang dimudahkan kebaikan, dan yang dib...

Sifat sombong

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸 TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 178 @ 2/2/2026 @ Isnin ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹 Tajuk : “ Kenapa Iblis Ahli Ibadah, Tapi Masuk Neraka? “ Mukaddimah :🦋🦋🦋 Iblis bukan makhluk biasa. Dia mengenal Allah. Dia beribadah ribuan tahun. Dia hidup di langit bersama para malaikat. Namun akhirnya… dia dilaknat dan dimasukkan ke neraka. Persoalannya bukan: kenapa Iblis masuk neraka? Tetapi yang lebih menakutkan: apa yang menyebabkan ibadahnya tidak menyelamatkannya? Iblis Binasa Bukan Kerana Kurang Ibadah :✨✨✨ Allah berfirman: وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka mereka pun sujud kecuali Iblis; dia enggan, sombong, dan termasuk golongan yang kafir.” (Surah Al-Baqarah: 34) I...

Ucapkan ALHAMDULILLAH

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ucapkan Alhamdulillāh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan). Apabila Baginda melihat sesuatu yang Baginda tidak sukai, Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Syukur Adalah asas ketenangan jiwa. 2.  Setiap nikmat dan musibah, kedua-duanya datang daripada Allah.  3.  Orang beriman sentiasa memuji Allah dalam semua keadaan. 4.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan t...

Tentang Qareen

Image
Qareen tak kawal kita. Tak take over our body. Tapi dia berbisik - dekatilah kpd keburukan/dosa. - nanti dululah! - taubat kemudian je - takpe, tak serious pun, tak dosa. - orang lain pun buat juga . bila kamu lalai ingat Allah, kami hantarkan syaitan yg berbisik. lebih jauh dari Allah, lebih dekat pengaruh qareen terhadapmu. . Walau dia entiti berbeza, tapi dia bercampur baur dgn inner self talk diri. Terasa seperti diri sendiri. Very personal. Very intimate. . Tapi Qareen tiada autoriti ke atas dirimu Tiada kuasa. Tiada alasan. Cuma Qareen memberi ajakan dan pilihan. . Beza Qareen pd Rasulullah - ditenggelamkan. Pengajarannya: lebih dekat kpd Allah, bisikan2 itu semakin menjauh. . Bagaimana menenggelamkan Qareen? - zikir = melemahkannya - ayat quran (bersuara) = membakarnya - solat = menghinanya - keikhlasan = membakarnya . Apa yg menyuburkan Qareen?  Dosa2. Jadilah orang yang sentiasa beringat dengan ancaman-ancaman...

Senyumlah untuk gembirakan orang lain

 ASSALAMUALAIKUM WBT ☘️ MUTIARA PAGI ☘️ Jika kita senyum hanya apabila merasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain. Nescaya hidup kita akan ceria. Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami, rakan sahabat kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Tentan tawassul

Image
Ilmu yang baru dipelajari. Kita betulkan apa yang salah faham. Ref: Tawasul dan hukumnya   Mcm mana boleh jadi berdosa? 1. kerana merasa doa tak didengari Allah (kerana byk dosa), - bersangka buruk dgn Allah (hanya dengar doa orang2 tertentu saja)   Jawapan: Dia juga Maha Tahu apakah kehedak hati manusia. Sebelum manusia minta kepadaNya pun Dia dah tahu dah. Dia cuma nak dengar sahaja permintaan kita. . 2. tak mampu berdoa dgn baik, perlukan orang lain sebagai middle person. Jawapan: Kenapa tidak doa sendiri kepada tuhan? Mereka akan kata, mereka banyak dosa, dan doa mereka tidak akan dimakbulkan. Apa sahaja perantaraan yang digunakan adalah syirik kepada Allah. Begitulah perumpamaan mereka yang sombong nak minta sendiri kepada Allah. Mereka meminta kepada Allah melalui perantaraan. Melalui broker.   3. contoh2 yg tak dibolehkan:   Selain menambah-nambah lafaz selawat, mereka juga mereka-reka selawat yang tidak pernah Nabi saw ajar...

Akal dan nafsu

Image
2026 (11) AKAL DAN NAFSU Akal dan nafsu adalah dua elemen penting dalam diri manusia yang sering bertentangan, akal adalah alat untuk berfikir, membezakan baik buruk, dan tunduk kepada Allah manakala nafsu adalah dorongan fitrah untuk memenuhi keinginan duniawi, namun ia boleh jadi punca keburukan jika tidak dikawal oleh akal dan iman, yang mana jika akal menguasai nafsu, manusia boleh menjadi mulia seperti malaikat, tetapi jika nafsu menguasai akal, manusia boleh jatuh lebih rendah dari haiwan. Akal boleh digunakan sebagai alat untuk mengenal Allah  (makrifatullah) dan kebenaran, patuh pada perintah, dan menjadi petunjuk arah dan Jalan yang lurus. Manakala hawa nafsu adalah sumber dorongan untuk kepuasan diri, cenderung kepada keseronokan dunia, tetapi boleh dipandu ke arah kebaikan (nafsu mutmainah) atau keburukan (nafsu ammarah). Pada fitrahnya akal dan nafsu sentiasa berlawan; akal adalah perisai, sementara nafsu adalah godaan.  Jika akal menguasai nafsu manusia akan lebih...

Hidup dengan tenang

Image
Berdoa dan  berharapkan hanya kepada Allah tanpa "memaksa" apa pun kepada *NYA*.  Hanya jalani, nikmati, tiada kemelekatan dan luaskan kesyukuran atas apa yg kita ada..  Lepaskan apa sahaja keterikatan kepada selain daripada Allah walau pun mencari kesembuhan atau kefahaman.  Berbicaralah dengan Allah dalam gurau senda, kerinduan dan kasih sayang kepada Allah.  Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.  Hendak happy dalam kehidupan lakukan 3 perkara ini: (1) Jangan terkesan dengan perkataan manusia (2) Jangan terkesan dengan perbuatan manusia (3) Jangan terkesan dengan anggapan manusia Lakukan 5 perkara ini jika ingin mencari kekayaan: (1) Doa (2) Usaha (3) Ikhtiar (4) Tawakal (5) Luaskan kesyukuran

Doa buat semua

 Aku Bermohon Kepada Allah Yang MahaAgung Untuk Diri Ku Juga Untuk Diri Mu.... Engkau Jauhkanlah Dari Kami... * Kefakiran  * Kesempitan Hidup  * Kesedihan  Engkau Peliharakanlah Bagi Kami.... * Diri Kami  * Keluarga Kami * Agama Kami  Engkau Bahagiakanlah Hidup Kami Dengan.... * Keluasan Rezeki  * Sentiasa Bersyukur Atas Segala Nikmat Mu  * Panjangnya Usia Kami Dalam Kebaikkan  Engkau Jauhkanlah Dari Kami.... * Neraka Jahannam  * Mata Orang Yang Hasad Dengki * Pengkhianat Terhadap Hak hak Kami  Dan Engkau Bantulah Kami Atas Tiga Perkara Ini.... * Sentiasa Berzikir Mengingati Mu  * Sentiasa Bersyukur  * Dan Menunaikan Ibadat Dengan Sebaikbaik Mungkin  Allahumma Aamiiin ۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞