Atur kehidupan mengikut waktu solat

16 Jun 2026

Rujukan:
https://www.threads.com/@enbadrul/post/DZpuNsNk8-k?xmt=AQG0sUKi-S-mWBmPsGQmDGuujI7vSXheET5kjHj20G4C031qrOPTB1VbkLE9B0lN5MLgrp0&slof=1
.

Catatan @enbadrul hasil dari menonton podcast:

Aku ada 2 pilihan sebenarnya petang tadi . Sama ada nak layan podcast 'Bob T20' yang sembang pasal lifestyle mewah, atau layan podcast Tuan Hafizul Faiz kat Ar-Rasyidin Academy.
Tapi aku pilih Tuan Hafizul Faiz.
Dan sumpah, ini antara keputusan terbaik aku tahun ni.
Banyak gila poin mahal, tapi ada beberapa hal yang betul-betul usik tangkai hati aku.
Sila 'stop scroll' kejap, meh aku share kenapa hidup korang mungkin tengah struggle sekarang. 

Topik paling mahal: Hidup Bertuhan.
Kita selalu sebut kita bertuhan, tapi Tuan Faiz sentap aku bila dia kata: "Waktu kita marah orang, waktu kita maki orang... adakah kita bertuhan pada waktu itu?"
Paling deep, bila dia sembang pasal "rasa kalah seorang ayah."
Lelaki ni, makin tua dia makin banyak diam. Bukan sebab dia sombong. Tapi sebab banyak 'rasa kalah' yang dia kena hadam sorang-seorang.  

Bila anak minta yuran sekolah tapi poket kosong, bila anak minta beg baru tapi kita terpaksa tangguh itu momen seorang ayah rasa kalah gila.
Tapi adakah dorang berhenti? Tak. Dorang diam, dorang bangun balik, dorang cari ruang untuk 'menang' demi keluarga.
Sebab tu penyerahan total (tawakal) ni ubat paling sakral. Bila kita letak gundah-gulana tu pada Allah, ujian berat pun akan terasa 'nikmat' sebab kita tahu kita ada tempat bersandar. 

Kata Tuan Faiz, susun rutin hidup kita biar berpaksikan waktu solat, bukan solat ikut waktu kerja:
Mula kerja lepas Subuh (waktu berkat burung keluar cari cacing).
Makan tengah hari sebelum Zohor (biar solat tak kalut sbb lapar).
Dinner sebelum Maghrib & tidur selepas Isyak.
Bila kita hormat waktu Tuhan, otak kita otomatik akan stop rasa 'terkejar-kejar' dengan dunya. 
.
Ini point yang buat aku meremang. Kita ingat solat ni sekadar ritual agama semata-mata, kan?
Rupanya dari sudut sains & psikologi, solat adalah sistem untuk rewire dan disrupt kita punya Nervous System (sistem saraf) yang tengah stres!
Bila korang tengah gelabah, takut, atau serabut gila... korang pergi ambil wuduk. Air kena muka tu sebenarnya satu disruption pada ketagihan stres otak kita.  
.
Pernah terfikir tak kenapa takbir mulakan solat dengan "Allahuakbar" (Allah Maha Besar)?
Dalam bahasa Arab, Isim Tafdil (perbandingan) sepatutnya kena ada gandingan. Contoh: "Kasut aku lebih besar dari kasut kau."
Tapi kenapa takbir cuma sebut "Allahuakbar" tanpa sambungan "Maha besar dari apa?"  

Sebab... letaklah apa benda pun kat dunia ni (masalah perniagaan, hutang keliling pinggang, alam semesta sekalipun), SEMUANYA tak layak langsung untuk dibandingkan dengan kebesaran Allah.
Otomatik masalah korang jadi kerdil masa solat.  
·
Tuan Faiz share pengalaman dia 3 tahun cuci tandas kat Edinburgh, Scotland. Dia kena racist treatment dengan supervisor dia (White Supremacy).
Tapi sebelum balik Malaysia, dia dipanggil bos besar untuk bagi assessment.
Dia cakap jujur: "Dia leader yang bagus. Tapi leadership datang dengan keadilan. Dia tak ada benda tu." 
·
3 tahun lepas tu, supervisor tu hantar e-mel minta maaf kat Tuan Faiz sbb tak boleh move on dengan kritikan jujur tu.
Sebab tu Tuan Faiz kata: "You are not a leader if you are not being human first."
Pemimpin yang baik tak boleh hidup dalam sugar-coated opinions (orang asyik puji je). Dia perlukan orang yang tak setuju dengan dia untuk asuh otot EMPATI.  
.
Poin terakhir, formula Spill-Over Effect dalam bisnes.
Ramai usahawan ingat kalau jualan drop, kena tukar teknik marketing or semak ROAS. Tapi Tuan Faiz punya cara berbeza. Bila bisnes goyang, benda pertama dia buat: Transfer duit kat mak, kakak, dan mak mertua dia. Bagi banyak terus!
Kenapa? Sebab infak ni bukan matematik (Bagi RM1, esok dapat RM1 juta).  
·
Tapi berkat infak tu datang dalam bentuk cashflow yang sentiasa melimpah (spill-over) kat tempat yang kita tak sangka.
Ada je rezeki yang cukup, staf dipermudahkan urusan, hati jadi tenang. Jangan didik tangan kita untuk mengambil, tapi asuhlah untuk memberi.  
·
Korang yang tengah serabut dengan hidup atau bisnes tengah stuck sekarang... cuba pause jap.
Antara banyak-banyak poin kat atas ni, mana satu yang paling jentik hati korang? Cuba komen kat bawah, or share thread ni kalau korang rasa kawan korang pun patut baca benda ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa - sekali baca seumur hidup

Removing bad energy the Islamic way

Jangan sampai tergelincir