Posts

Showing posts from 2014

Our journey into 2015

Image
JOURNEY - 1st Jan 2015 Pls read this... Beautifully illustrated! Life is like a journey on a train... with its stations... with changes of routes... and with accidents ! We board this train when we are born and our parents are the ones who get our ticket. We believe they will always travel on this train with us. However, at some station our parents will get off the train, leaving us alone on this journey. As time goes by, other passengers will board the train, many of whom will be significant - our siblings, friends, children, and even the love of our life. Many will get off during the journey and leave a permanent vacuum in our lives. Many will go so unnoticed that we won't even know when they vacated their seats and got off the train! This train ride will be full of joy, sorrow, fantasy, expectations, hellos, good-byes, and farewells. A good journey is helping, loving, having a good relationship with all co passengers... and making sure that we give our best

Agenda 4 pagi - bila mahu bermula?

Berikut adalah catatan dari program USRATI Ustzh Nurhafizah Musa di IKIM.FM Hadis qudsi: Laut akan bercakap dgn Allah tiap pagi. Wahai Allah beri izin kpd utk aku tenggelamkan manusia. Sbb aku tak tahan melihat manusia tak syukur nikmat yg Engkau berikan. Malah manusia lakukan maksiat. Langit pun kata begitu. Bumi pun begitu. Apa jawab Allah. Tunggu, biarkan. Kerana aku menciptakan manusia itu dgn kasih syg dan kecintaan. Saiyidina Aishah tanya Nabi - kenapa engkau solat malam sampai bengkak kaki? Jawab baginda - salahkan aku menjadi hamba yang bersyukur? Kalau kita bersungguh2 utk qiamulail - utk diri kita sendiri. Kerana kita sayang diri sendiri. Bermakna orang yang tak mahu qiamulail, tak cukup sayang dirinya sendiri. Doa supaya mudah bangun 4 pagi: 1. sebelum tidur - dua ayat terakhir surah al Kahfi. 2. Istiqomah - bangun paling kurang 1/2 jam sebelum Subuh. Q - terlalu sibuk. sampai tak sempat nak qiamulail. A - akan sampai masa bila diri kita jadi lemah. t

Hinakah kerjaku ini?

Image
Aku hanya penyampai radio, hinakah kerjaku? Aku hanya tukang cuci tandas, hinakah kerjaku? Aku hanya seorang suri rumah, hinakah kerjaku? Aku hanya seorang guru, hinakah kerjaku? Aku hanya seroang jururawat, hinakah kerjaku? Aku hanya pembuat kuih, hinakah kerjaku? Aku hanya seorang tukang kayu, hinakah kerjaku? Aku hanya seorang penoreh getah, hinakah kerjaku? Aku hanya seorang petani/pekebun, hinakah kerjaku? Aku hanya seorang tukang masak, hinakah kerjaku? Aku hanya penjual di pasar malam, hinakah kerjaku? Aku seorang arkitek, gahkah kerjaku? Aku seorang akauntan, gahkah kerjaku? Aku seorang lawyer, gahkah kerjaku? Aku seorang doktor, gahkah kerjaku? Untung aku sampai juga ke universiti Untung aku lulus juga dengan ijazah Syukur aku diberi peluang untuk menuntut ilmu Namun kayakah aku hanya dengan segulung ijazah itu Tertunaikah tuntutan duniaku (makanan, minuman, rawatan) Tanpa bantuan orang lain? Walau apapun bidang yang kau ceburi Ketahuilah Setiap ki

Info: Pernafasan Alpha

Sedikit pembacaan hari ni. Google for "pernafasan alpha", lalu terjumpa beberapa info menarik mengenainya. How to do it: Pernafasan Alpha: bagaimana melakukannya? Di site ini, terjumpa pasal EFT jugak: Teknik EFT This guy also conducts therapy sessions for OCD, stress, anxiety etc. patients. Tentang takdir: Tentang memahami takdir, satu pencerahan dgn analogi yang menarik. Walaupun segala ttg kehidupan kita telah ada ketentuannya di Loh Mahfuz, Allah beri kita pilihan di setiap cabang persimpangan. Takdir hanyalah default program kehidupan. di setiap persimpangan, berdasarkan akal dan ilmu, kita disuruh membuat pertimbangan dan keputusan sendiri. Lalu kita mengalami takdir yang seterusnya pula. hasilnya berjaya atau tidak, ke syurga atau ke neraka, kita yang pilih. Doa juga satu ikhtiar. Memahami takdir dan kehidupan Bagaimana menarik rezeki material, alangkah senangnya!! Bagaimana menarik rezeki? Found some interesting info too. About NLP. http:/

Asmaul Husna: Ar Rahim

Allah yang maha Pengasih. Ref: http://www.youtube.com/watch?v=ToXsnuGy42g Berbeza dgn Ar-Rahman (pemurah), maha pengasih kpd orang2 yang beriman saja. Ar-rahman untuk semua makhluk2. Kasih sayang Allah bukan saja di dunia, malah hingga ke akhirat nanti. Allah anugerahkan 3 perkara di dunia (dgn kasihnya Allah). #1. Rahmat - kasih syg Allah kpd orang yg beriman. Seorang hamba pasti dibela oleh Allah. Al Israa ayat 87. Intipatinya: limpah kurnia rahmat Allah amat besar. Apa gunanya Rahmat? Ada masalah/diuji, diberi jalan keluar. Masalah/ujian sifatnya menyempitkan hati. Orang beriman juga diuji, tapi diberi jalan keluar. Bagaimana nak dapat Rahmat? Taat dgn suruhan Allah, tinggalkan apa yg dilarang. Yg wajib, buat betul2 sempurna, yg sunat, banyakkan. yang haram, tinggal betul2. yang makruh, hindarkan. #2. berkat - diberi keberkatan kpd  orang yg beriman. Berkat dalam amalan harian kita. Kesannya makin taat kpd Allah. Kesannya rezeki yg berkat, dorongkan kita le

Asmaul Husna: As Syahid

Allah yg maha menyaksikan. Ref: http://www.youtube.com/watch?v=hRLwzvRIQA4 Ada 5 saksi setiap perbuatan kita. 1. Allah 2. Malaikat 3. Manusia 4. anggota badan 5. seluruh makhluk2 yg lain. Surah An-nisaa ayat 79. Intipatinya: dan cukuplah Allah itu menjadi saksi. Allah saja pun dah cukup walaupun ada 4 saksi2 lain itu. Allah adala h sebaik2 sakis...Kerana... #1. kerana makhluk lain tidak nampak segalanya. Allah tetap menyaksikan walau makhluk lain tidak nampak. Allah boleh menampakkan kemuliaan/kebaikan kita kpd makhluk lain. Surah Al Imran ayat 98. Intipatinya: Allah sentiasa menyaksikan apa yg kamu lakukan. Kita dimuliakan kerana Allah menutupkan aib kita dihadapan orang lain. Biar banyak buat baik, bangunkan perbaiki peribadi. Jgn bertopeng sepanjang masa, penat berpura2, memakai topeng. Analogi - tengok cermin. bila tengok cermin, kita nampaj yg zahir. Nampak yg baik, syukur. Nampak yang buruk, perelokkanlah akhlak aku. Doa didepan cermin: perbaikilah a

Keajaiban solat

Ada hikmah untuk sang makhluk Yang bernama manusia Atas perintah solat Kerana solat itu sendiri Adalah penawar segala penyakit di tubuh manusia Cuma kita ini yang masih lalai Dek hiburan permainan duniawi Kesan kusyuk kepada otak Solat menambah gelombang Alpha dan Gamma Yang membantu untuk fokus, tenang, kebal Sekali gus tangani stress Menjadikan kita lebih rasional, waras Mengurangkan kolesterol dalam darah Kesan rukuk Membetulkan pengaliran bendalir dalam badan Elak sakit pinggang dan sakit jantung Terapi untuk sakit belakang dan mati pucuk Kesan kpd pergerakan otot Jumlah 5 kali sehari semalam itu Memberi ruang gerakkan minimum untuk otot di badan Supaya badan sentiasa sihat Kesan solat tahajud Meningkat sistem imun badan Paling sesuai untuk merawat Penyakit barah dan sakit jantung Ayuh! Apalagi ditunggu Perbaikilah solat kita Selagi masih ada waktu diberi Allah Rujuk: sainssolat.com

Sempena Maal Hijrah 2014

Wajib berubah dan berhijrah Silap besar kalau ada yg kata aku dah cukup segalanya Allah ampunkan dosa sebanyak manapun Kecuali syirik Jgn rasa aku masih ada masa Bayangkan ini solat terakhir Bayangkan ini tahun terakhir Kita tak ada masa Ya Allah Tolong aku berubah utk berubah setiap hari Berubah menjadi lebih baik dari semalam Bermula dari hati: - bersihkan hati - solat taubat tiap malam - maafkan orang lain tiap malam - cari satu potential kita >> gunakan. - cari satu kelemahan kita >> betulkan. It takes 40 days to get a habit permanently. Oleh Dr Fadzilah Kamsah @TV1.

Asmaul Husna: Al Latif

Ref: http://www.youtube.com/watch?v=eKWUcvUZJnw Allah yg maha halus, lembut, layan terhadap hambaNya dgn belas kasihan. Maha halus pengetahuannya, dari penglihatan Allah. Tiada suatu pun yg terlindung. Surah Al An-am ayat 103. Intipatinya: Allah tidak dapat dilihat dgn mata, tapi Allah dapat melihat kita, segala2nya, yg mata kita nampak dan tidak nampak. #1. Allah saksikan dgn kasih syg untuk Allah beri. -------------------------------------------------- Pemberian Allah itu menjadi rahsia Allah. Pahala dibagi di dunia, di akhirat juga diberi pahala. Mungkin rezeki di dunia tak ada, tapi pahala usaha masih dapat utk akhirat. Allah maha mudah kasihan. #2. Allah saksikan dgn kasih sayang untuk Allah adili. ------------------------------------------------------- Surah Luqman ayat 16. Intipatinya: Setiap amal baik & buruk tetap akan dibalas oleh Allah. Jgn merasa rugi untuk berbuat baik. Islam ajarkan utk fikirkan pasal orang lain. Pahala memikirkan pasal org lain,

Berikan MRJ

Image
Who we are in the future is because of  the choices we make today. Hidup kita adalah utk memberi - masa,  - rasa - dan jasa. Contoh: kucing. kita mesti beri makan pada dia kerana kucing hidup dgn kasih sayang. Kucing menimbulkan rasa kasih sayang kepada kita. Bagaimana memberi masa? - lupakan jahat org lain - jadi pendengar, jgn hentam orang lain - kenali seseorang lebih dekat - semak hari lahir, lihat aktiviti hariannya Bagaimana memberi rasa? - maafkan semua orang. Bagaimana memberi jasa? - tolong org lain utk berjaya Petikan dari: Oleh: Amin Idris @TV Al-Hijrah

Amanah dan Aman

Islam itu indah@ikim.fm Oleh: Ust Pahrol Tajuk: Amanah dan aman Bila ada iman, adalah amanah. Bila ada amanah, adalah aman. Pengenalan : IMAN Keyakinan hari akhirat sgt penting ketika kita hidup di dunia. Buat kebaikan di sini kerana kita tahu ada akhirat. Kita tak berhenti buat kebaikan, selagi kita tahu ada pahala di akhirat. Juga sebagai motivasi utk tidak melakukan kejahatan. Kita yakin Allah melihat, balasan di akhirat menunggu. Itulah tugas rasul/nabi2 utk takutkan balasan. Untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sense of the END - menjadi agenda utama dalam mendidik masyarakat. Bila ada IMAN, datanglah AMANAH. Individu (setiap kita) menentukan AMAN. Kuasa dianggap amanah. Harta bukan milik kita, milik Allah. Sifat mazmumah sudah minimum - sistem sosio ekonomi. Jenayah sgt minimum, kerana tiada sakit hati, dizalimi. Masyarakat / negara akan AMAN, bila ada AMANAH. Realiti semasa, negara luar yg bukan Islam saja yg macam ni. Tapi sejarah Islam juga mem

Asmaul Husna: Al Mughniy

Ref: http://www.youtube.com/watch?v=bTSgUil7n8c Al Mughni - yg maha memberikan kekayaan Allah memberi apa yg diperlukan oleh hamba2Nya. Cth: air, makanan. Surah An-Najmi ayat 38. Memberi apa yg dikehendakiNya akan apa yg diperlukannya. Mencukupkan, memberi tambahan/lebihan yg boleh kita simpan. Allah memberi kekayaan kpd seseorang, ada sebab. Ada 5 cara Allah memberi kpd hambaNya: Cara 1. berusaha - malas adalah musuh Islam. --------------------------------------------- Cara usaha yg macam mana (utk lahirkan harta)? - dgn tubuh badan (tulang empat kerat). - dgn mengambil upah (gaji).    >> kerja professional - yg khidmat utk yg haram - ketepikan duit gaji sebagai wang subahat. - dgn berjualbeli/niaga. barang mesti nampak, fizikalnya. - dgn perkongsian = musyarakah, sama labur sama  banyak. - dgn mudhorabah = seorang bagi modal, sorang lagi jalankan. Biasanya banyak kali gagal, baru jumpa yg berjaya. Cara 2. jalan memberi - yang kita beri itu melimpah

Asmaul Husna: Al Wahid

Ref: http://www.youtube.com/watch?v=RjvaadMl1lM Wahid maknanya Esa. Tunggal. Hanyalah satu2 tuhan. Surah Al Anbiya ayat 22. Kalau ada tuhan lain, tentulah hancurlah alam semesta ini. Tidak sekali2 mempunyai anak. Surah Azzumar ayat 4. (al wahid, al qahar) Allah maha Esa, lagi amat mengatasi kekuasaanya. Selain manusia, ada lagi makhluk ghaib lain yg hidup disamping kita ini. Tapi semuanya tetap tunduk kpd Allah. Manusia juga boleh menundukkan jin/makhluk ghaib. Surah asysyura ayat 13. Esanya Allah tidak serupa dgn mana2 makhluk, satu apapun. Tiada sesuatu pun berbanding denganNya. Selagi mana digambarkan Allah itu selagi itulah tidak sama. Jgn fikir zat tuhan, pemikiran kita tak akan sampai. hanya tengok ciptaan tuhan. dah cukup. Surah Ar-radhu ayat 16. Allah lah yang menciptakan sesuatu. Allah mengetahui apa ciptaanNya. Manusia diciptakan, diberi panduan hidup dlm bentuk kitab (user manual), ada juga suhuf (nabi Ibrahim). Kdg2 kita tak mampu memikirkan logik dlm

Asmaul Husna: Ar Rahman

Ref: http://www.youtube.com/watch?v=Zydh1hRzAnc Surah Al Fatihah, ayat 2. Tuhan sekelian alam2. Surah An Nahl ayat 18. Punyalah banyaknya nikmat Allah, tak mampu menghitung satu persatu. Allah, tuhan yg maha pemurah melimpahkan nikmat2Nya kepada makhlukNya. Hajat dan masalah, untuk merapatkan diri kpd Allah. Amat malang kalau ada hajat dan masalah, kita makin jauh dari Allah. Nikmat adalah apa saja yg memberi kesedapan/kelazatan kpd kita. Nikmat - 5 jenis: 1. nikmat asasiah - asas/basic. Terbahagi 2, semulajadi dan diusahakan. a) semulajadi - sempurna kejadian. Kita lupa nikmat ini, hinggalah Allah tarik balik nikmat itu. b) diusahakan - makanan, tpt tinggal. 2. nikmat qalbiah - yg menyenangkan, menenangkan hati atau emosi. Contoh, anak isteri. 3. nikmat badaniah - sihat badan. 4. nikmat aqliah - nikmat akal. faham apa yg dipelajari. 5. nikmat imaniah - nikmat iman, memberi kesedapan kpd manusia bila beriman. Tenang, tidak runsing kpd urusan dunia. Untuk

Bijak tangani stres

Bersihkan hati  Maafkan semua orang sebelum tidur Hidupkan sunnah2 Tidur secukupnya Peluk bayi Tengok ikan atau air mengalir Berkebun Tengok pemandangan Mengembara Bersihkan hati - isikan hati dengan sifat2 mulia dan terpuji Oleh DMFK on 19-05-14

Masa itu emas

Image
Masa berjalan.... Usiaku bakal menginjak setahun lagi Masa untuk muhasabah diri Masa untuk merenung seketika Masa lepas, apa yang telah aku lakukan? Masa depan, apa pula yang mahu kucapai? Cuma yang ada Sekarang, masa kini Berbuatlah sesuatu untuk masa yang makin sedikit ini Isikanlah dengan apa saja yang bermunafaat Berdasarkan 1 tahun akhirat bersamaan 1000 tahun dunia Secara umumnya umur seorang manusia 60 tahun Maknanya seorang manusia hanya diberi masa 90 minit akhirat saja Seperti termaktubnya masa hidup untuk sehelai daun Apabila tiba masanya, gugurlah ia ke bumi Begitulah juga kita Manusia, makhluk ciptaan Allah Sama seperti daun Kata ahli agama Hukum mati sudah ditetapkan untuk setiap makhluk Bersediakah? Sudah bersediakah?

Asmaul Husna: Maalikul mulki

Ref: http://www.youtube.com/watch?v=kPrL05UhAnY Maalikul mulki = Raja segala raja. Surah Al Imran ayat 189. Allah boleh berikan kekuasaan kpd seseorang dgn: 1. ilmunya - ada ilmu, kita terkehadapan. maju ilmunya lebih 5000 univ di Eropah. Semasa Mongol melanggar Baghdad, sungai2 menjadi hitam kerana byk kitab yg dibuang. 2. hartanya - beri pinjam kuasa itu dgn harta. Syaratnya harta mestilah di tangan, bukan di hati. Rajin bersedekah. 3. pengaruhnya - sokongan orang lain terhadapnya. 4. kekuatannya - fizikal. utk memimpin. 5. kelebihannya - kecerdikan, kepetahan. Walaupun begitu, tetap tertakluk kpd Allah. Ilmu boleh hilang eg. kerana lupa. Harta boleh habis. Sokongan boleh hilang. Kekuatan boleh luntur. Kelebihan boleh ditarik, ada orang lain lebih bagus kelebihannya. Ciri2 Kekuasaan Allah: 1. Allah tidak bergantung kpd apa dan sesiapa pun. Bandingkan dgn kita: >> ilmu - mesti ada guru utk dapat ilmu. Nak dapat ilmu, >> Sokongan - bergantung

Asmaul Husna: Al Hakam

Allah Al Hakam, yg meletakkan hukum. Ref: http://www.youtube.com/watch?v=47M1-Muj3pM Ada 3 jenis hukum yg Allah tetapkan kpd manusia: 1. hukum alam - hukum yg terjadi menurut kebiasaan alam. contoh - pisau utk memotong. biasanya tajam. - api itu membakar. - manusia tidak boleh bernafas dlm air. - supaya manusia belajar dari alam. 2. hukum kasbi (usaha) kaf - sim - ba = bagi mereka ap yg mereka usahakan. hukum kasbi tak boleh nampak. Org yg usaha dgn betul, dia je yg nampak. Buat sesuatu: - mesti bersungguh, - tak boleh putus asa. - kalau buat betul2, dia akan dapat. - tak salahkan orang lain. - proaktif, find solution. - jgn tangguh kerja. - kalau habis satu usaha, buat yg baru. Contoh dalam solat: ibadah pun ada batal kalau buat tak betul. 3. hukum ikhtiar (pilihan) - hukum utk memilih. Pilih agama sesuai dgn kehendak Allah. Surah al-an'am ayat 114. Ikhtiar dari sudut: 1. aqidah - diajarkan kita supaya bertauhidkan Allah. 2. syariat - hukum /

Kisah anak muda yang berpotensi

Membaca kisah Ahmad Ammar Melahirkan pelbagai rasa Kagum Hormat Sedih Terharu Bangga Semuanya ada! Dari seorang yang tidak dikenali Tiba-tiba menjadi bualan semua Hanys selepas pemergiannya Dijemput Allah dalam usia 20 tahun Tapi punya cita-cita dan semangat yang tinggi Untuk berbakti di bumi Allah Moga pemergiannya mampu mencetus idea baru Moga harapannya dapat disambung oleh anak-anak lain Kagum juga aku dengan ibubapanya yang sedia hebat Sudah mewakafkan si anak untuk dakwah ke jalan Allah Sanggupkah kita berbuat begitu? Mampukah aku melakukan seperti itu? Rujukan: Kisah Ammar

Bangkitlah dari tidur itu

Image
Terkadang terasa Amat payah Menempuh hidup ini Kebergantungan ini Namun harus juga kuredah Demi meneruskan cita-cita Demi keluarga, bangsa, agama dan negara Bangkitlah! Bangunlah! Hidup ini hanya sementara Sekejap cuma Usahakan apa yang terdaya Selagi ada kudrat Selagi ada nyawa Teruskan! Bangkit dan bangkit!