Asmaul Husna: Al Wahid


Ref: http://www.youtube.com/watch?v=RjvaadMl1lM

Wahid maknanya Esa. Tunggal. Hanyalah satu2 tuhan.

Surah Al Anbiya ayat 22.

Kalau ada tuhan lain, tentulah hancurlah alam semesta ini.
Tidak sekali2 mempunyai anak.

Surah Azzumar ayat 4. (al wahid, al qahar)

Allah maha Esa, lagi amat mengatasi kekuasaanya.
Selain manusia, ada lagi makhluk ghaib lain yg hidup disamping kita ini. Tapi semuanya tetap tunduk kpd Allah. Manusia juga boleh menundukkan jin/makhluk ghaib.

Surah asysyura ayat 13.

Esanya Allah tidak serupa dgn mana2 makhluk, satu apapun. Tiada sesuatu pun berbanding denganNya. Selagi mana digambarkan Allah itu selagi itulah tidak sama.
Jgn fikir zat tuhan, pemikiran kita tak akan sampai. hanya tengok ciptaan tuhan. dah cukup.

Surah Ar-radhu ayat 16.

Allah lah yang menciptakan sesuatu. Allah mengetahui apa ciptaanNya. Manusia diciptakan, diberi panduan hidup dlm bentuk kitab (user manual), ada juga suhuf (nabi Ibrahim).
Kdg2 kita tak mampu memikirkan logik dlm setiap kejadian, tapi Allah yg menciptakan, tentu dia  tahu kenapa.

Surah Ibrahim ayat 48.

Semua makhluk hanya tunduk kpd Allah dlm semua perkara.
Nak masuk syurga, semua kene mati dulu. Semua kene tunduk dgn peraturan itu.
Kenapa aku saja yg diuji?
Kenapa aku saja yg diberi kesenangan? tak pernah susah? balik dari mekah, dapat susah supaya lebih rapat dgn Allah.

Surah Ibrahim ayat 52.

Allah yg perlu diutamakan (prioritize) dalam kehidupan, sebelum dipanggil ke kubur.
Contoh: sibuk dgn kerja rumah, tak sempat nak beribadah. solat sunat, baca quran.

Bila kita utamakan, kita boleh dibuat. Sebab kita tak utamakan apa yg sepatutnya kita buat.

Surah: al takathur >> dilalaikan oleh harta, sehingga ke kubur.

Cth: pergi tandas - mesti diutamakan. walaupun sibuk macam mana pun, sepenting mana pun urusan, mesti kene pergi tandas.
Ada ke, orang yg tahan panggilan tandas samapi 2 minggu?

Surah Al-Ikhlas ayat 1-4.

Allah tidak ada setanding dgn Dia.
Al Ahad - satu2nya.
As Samad - tpt himpunan hajat2.

Harta yg kita kumpul, diberi pada yg tinggal di dunia.
Harta yg kita beri/infak, dibawa ke akhirat.

Kesimpulan:
Peranan kita sebagai makhluk.
1. esakan Allah sbh. menyekutukan (syirik) kpd Allah. percaya kpd benda lain yg berkuasa selain Allah. banyakkan amal soleh, dan Allah itu disembah.

2. ta'abud - rasa kehambaan. Jgn sombong dgn Allah. cth - kita berjaya bukan usaha kita saja, tapi dilorongkan ole hAllah juga.

3. minta pertolongan hanya dgn Allah.

Kredit: youtube Ustaz Amin

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2