Asmaul Husna: Ar Rahim

Allah yang maha Pengasih.

Ref:
http://www.youtube.com/watch?v=ToXsnuGy42g

Berbeza dgn Ar-Rahman (pemurah), maha pengasih kpd orang2 yang beriman saja.
Ar-rahman untuk semua makhluk2.
Kasih sayang Allah bukan saja di dunia, malah hingga ke akhirat nanti.

Allah anugerahkan 3 perkara di dunia (dgn kasihnya Allah).

#1. Rahmat - kasih syg Allah kpd orang yg beriman.

Seorang hamba pasti dibela oleh Allah.

Al Israa ayat 87.
Intipatinya: limpah kurnia rahmat Allah amat besar.

Apa gunanya Rahmat?
Ada masalah/diuji, diberi jalan keluar. Masalah/ujian sifatnya menyempitkan hati. Orang beriman juga diuji, tapi diberi jalan keluar.

Bagaimana nak dapat Rahmat?
Taat dgn suruhan Allah, tinggalkan apa yg dilarang. Yg wajib, buat betul2 sempurna, yg sunat, banyakkan. yang haram, tinggal betul2. yang makruh, hindarkan.

#2. berkat - diberi keberkatan kpd  orang yg beriman.

Berkat dalam amalan harian kita. Kesannya makin taat kpd Allah. Kesannya rezeki yg berkat, dorongkan kita lebih byk buat baik.

Bagaimana nak dapat berkat?
Jaga adab dlm setiap perbuatan.

Contoh: Mencari ilmu, ada adab. Adab dgn guru, adab dgn ilmu, adab dlm majlis ilmu.
Contoh: Makan. Bergaul suami isteri. Bertamu.

#3. Ketenangan - diberi ketenangan kpd orang yg beriman.

Tak boleh dibeli. Ubat hati = ketenangan.
Maksiat, perbuatan buruk takkan jadi ubat hati.

Kalau Allah nak bagi syurga, Allah bagi ketenangan.
Allah seru yg masuk syurga, wahai orang yg punyai jiwa yg tenang.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2