Asmaul Husna: Al Mughniy


Ref: http://www.youtube.com/watch?v=bTSgUil7n8c

Al Mughni - yg maha memberikan kekayaan

Allah memberi apa yg diperlukan oleh hamba2Nya.

Cth: air, makanan.

Surah An-Najmi ayat 38.
Memberi apa yg dikehendakiNya akan apa yg diperlukannya.
Mencukupkan, memberi tambahan/lebihan yg boleh kita simpan.

Allah memberi kekayaan kpd seseorang, ada sebab. Ada 5 cara Allah memberi

kpd hambaNya:

Cara 1. berusaha - malas adalah musuh Islam.
---------------------------------------------

Cara usaha yg macam mana (utk lahirkan harta)?
- dgn tubuh badan (tulang empat kerat).
- dgn mengambil upah (gaji).
   >> kerja professional - yg khidmat utk yg haram - ketepikan duit gaji sebagai wang subahat.
- dgn berjualbeli/niaga. barang mesti nampak, fizikalnya.
- dgn perkongsian = musyarakah, sama labur sama  banyak.
- dgn mudhorabah = seorang bagi modal, sorang lagi jalankan.

Biasanya banyak kali gagal, baru jumpa yg berjaya.

Cara 2. jalan memberi - yang kita beri itu melimpah2 lagi.
----------------------------------------------------------

Islam  ajar byk memberi.
Sedekah itu digandakan 10 kali ganda kebajikan.

Ada dua jenis memberi:
1. yg wajib - tunaikan, jgn tangguh, mesti buat. Allah beri rezeki melalui tanggungjawab yg ditunaikan.
contoh suami yg bercerai, tak bagi nafkah utk anak2 & isteri. Anak2 tu tetap diberi rezeki, tapi si ayah yang tak tunaikan tanggungjawab, tak ada rezekinya.

a) nafkah
b) zakat
c) fidyah
d) kafarah (denda)
e) nazar
f) wasiat
g) faraid (terutama banyak isteri)

2. yang sunat - galakkan memberi.

a) sedekah
b) hadiah
c) hibah

Cara 3. Bersyukur
--------------------

Syukur pd nikmat yg telah ada,
syukur pd nikmat yg kita cita2kan.

Jgn idamkan sesuatu dgn rasa tamak.

Cara 4. Bertakwa
-------------------

Surah al Talaq (ayat seribu dinar)
Makin beriman, makin ingat kpd Allah.

Cara 5. Berdoa
-----------------

Sempurnakan doa dgn "Aamiin", maksudnya
 - dengar/faham makna doa.
 - aku terima hakikat, taqabal.
 - tunaikanlah (usahakan).

Kredit: youtube Ustaz Amin

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2