Agenda 4 pagi - bila mahu bermula?

Berikut adalah catatan dari program USRATI Ustzh Nurhafizah Musa di IKIM.FM

Hadis qudsi:
Laut akan bercakap dgn Allah tiap pagi.
Wahai Allah beri izin kpd utk aku tenggelamkan manusia.
Sbb aku tak tahan melihat manusia tak syukur nikmat yg Engkau berikan. Malah manusia lakukan maksiat.

Langit pun kata begitu.
Bumi pun begitu.

Apa jawab Allah.
Tunggu, biarkan. Kerana aku menciptakan manusia itu dgn kasih syg dan kecintaan.

Saiyidina Aishah tanya Nabi - kenapa engkau solat malam sampai bengkak kaki?
Jawab baginda - salahkan aku menjadi hamba yang bersyukur?

Kalau kita bersungguh2 utk qiamulail - utk diri kita sendiri. Kerana kita sayang diri sendiri.
Bermakna orang yang tak mahu qiamulail, tak cukup sayang dirinya sendiri.

Doa supaya mudah bangun 4 pagi:
1. sebelum tidur - dua ayat terakhir surah al Kahfi.
2. Istiqomah - bangun paling kurang 1/2 jam sebelum Subuh.

Q - terlalu sibuk. sampai tak sempat nak qiamulail.
A - akan sampai masa bila diri kita jadi lemah. tekanan kiri kanan. Perlu dibantu untuk bangkit, kuatkan diri sendiri.
Kena cari jalan macam mana nak qiamulail.
Sebagai latihan utk bermula - cuba kunci jam. Ambil masa rehat waktu siang.
Contoh ulama:
Dah mula, selepas qiamulail 20 thn baru rasa kemanisannya. So sepanjang 20 thn itu, mujahadah berterusan.

Q - Kalau terjaga 5 min sebelum Subuh, boleh ke qiamulail.
A - Witir saja, walau sudah dengar azan Subuh.

Q - Kalau Subuh pun dah Subuh gajah, macam mana?
A - amat menyedihkan. solat fardu lebih patut dibetulkan.
Cth. para sahabat, gantikan solat malam dgn lakukan solat sunat pd waktu siang.

Q - dalam haid.
A - waktu yg mustajab tak tentu. kalau terjaga 2 pagi, bangunlah.

Rutin:
T - tahajud
T - tafakkur = merenung diri. kita kene berbuat sesuatu sekarang.
T - tasbih
T - taubat

Q - bagaimana utk teruskan mujahadah? biar anak jadi lebih baik dari ibunya.
A - kuatkan hubungan dgn Allah. Dlm masa yg sama, Al Quran sebagai terapi.

Sikap terhadap Al Quran -
1. belajar
2, baca
3. tadabbur - hayati.
4. amalkan
5. ajarkan
6. hafaz
7. mendaulatkan

Q - Hati masih keras walau dah bangun malam.
A - bagaimana para sahabat buat? Cari ilmu supaya bila nak beramal, kita faham dan boleh hayati. Tujuan kita qiamulail mestilah mencari keredhoan Ilahi. Hadirkan hati, kene lawan rasa ngantuk, malas, penat.


Ref: Bahagian 2:
Solat tahajud - bhgn 2

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2