Hinakah kerjaku ini?


Aku hanya penyampai radio, hinakah kerjaku?
Aku hanya tukang cuci tandas, hinakah kerjaku?
Aku hanya seorang suri rumah, hinakah kerjaku?
Aku hanya seorang guru, hinakah kerjaku?
Aku hanya seroang jururawat, hinakah kerjaku?
Aku hanya pembuat kuih, hinakah kerjaku?
Aku hanya seorang tukang kayu, hinakah kerjaku?
Aku hanya seorang penoreh getah, hinakah kerjaku?
Aku hanya seorang petani/pekebun, hinakah kerjaku?
Aku hanya seorang tukang masak, hinakah kerjaku?
Aku hanya penjual di pasar malam, hinakah kerjaku?

Aku seorang arkitek, gahkah kerjaku?
Aku seorang akauntan, gahkah kerjaku?
Aku seorang lawyer, gahkah kerjaku?
Aku seorang doktor, gahkah kerjaku?

Untung aku sampai juga ke universiti
Untung aku lulus juga dengan ijazah
Syukur aku diberi peluang untuk menuntut ilmu
Namun kayakah aku hanya dengan segulung ijazah itu

Tertunaikah tuntutan duniaku (makanan, minuman, rawatan)
Tanpa bantuan orang lain?

Walau apapun bidang yang kau ceburi
Ketahuilah
Setiap kita ada matlamat dilahirkan ke bumi ini
Setiap kita ada tujuan
Demi memakmurkan bumi dan seisinya
Demi menghambakan diri kepada Allah

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2