Hikmah sakit

السلام  عليكم 
Mimbar Pagi~

Dari Jabir r.a katanya: "Bahawa Rasulullah SAW masuk menemui Ummu as-Sa'ib, lalu Baginda bersabda, Mengapa kamu menggigil wahai Ummu as-Sa'ib?'
Beliau menjawab, '(Ia disebabkan) demam. Semoga Allah tidak memberkati penyakit ini (demam).'
Baginda bersabda, 'Janganlah kamu memaki demam. Sesungguhnya ia menghapus dosa-dosa anak Adam sebagaimana alat peniup (yang digunakan oleh tukang besi) menghilangkan pada besi.'"

[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Keterangan:
Hadis ini menerangkan supaya semua muslimin tidak mengeluh kisah apabila ditimpa musibah iaitu demam dan juga penyakit yang lain. Sesungguhnya setiap penyakit walaupun kaki tertusuk duri yang halus akan menghapus dosa. Redhalah setiap penyakit yang menimpa kerana apabila mengeluh seumpama kita memarahi Allah SWT......Wallahu'Alam

(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup