Milik ayah dan ibu

Salam perkongsian semua..

MILIK AYAH & IBU...RAMAI YANG TAK TAHU...

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya : Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya : Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh : Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya : Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh : Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya : Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh : Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya : Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh : Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya : Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh : Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu, 
RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu".. [HR. Ibnu Majah no. 2291]

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orang tua kami ... Aamiin YRA.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup