Doa muhasabah diri

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Kami datang kepada-Mu Tuhan dengan penuh kehinaan
Memanglah secara fizikalnya sudah memang hina.Dijadikan daripada tanah, kemudian air mani yang menjijikkan.Kemdian dihinakan lagi pula oleh lumpur-lumpur dosa yang setiap hari terpalit.Di samping kesalahan dan kesilapan yang merupakan kelemahan peribadi

Kami memohon dengan rahmat-Mu.Ampunkan kami Tuhan.Kami meminta belas kasihan-Mu maafkan kami.
Kami amat takut dengan dosa-dosa itu Tuhan.Kerana ia adalah kemurkaan-Mu.Ia adalah hijab di antara hamba dengan Engkau.Wahai Tuhan, Engkau Rahman terhadap hamba-hamba-Mu.Di atas
Rahman-Mu itulah kami datang kepada-Mu meminta maaf

Kami kesal dengan dosa-dosa itu.Kami sedih dengan kesalahan dan kesilapan2 itu
Tapi kami ini hamba-Mu, lemah mengkontrol diri daripada kesalahan.Bantulah kami Tuhan.Bentenglah diri kami dengan pemeliharaan-Mu
Kalau mengharapkan kekuatan diri, memang tidak mampu.Tapi kalau Engkau mengawal dan menjaganya.Sudah tentu kami selamat dari dosa-dosa itu.Kawallah kami dan jagalah kami daripada dosa-dosa
Itulah yang kami harapkan
Wahai Tuhan Rahman.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِوَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَوَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ..

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2