Mengelakkan gangguan

[TUNDUKKAN “GANGGUAN” ITU]

Makcik, pakcik, kakak, abang dan adik-adik sila jangan keliru ya ;)... Walaupun tajuk lebih kurang macam drama slot akasia kt TV tu... bunyi je sama, tapi tak serupa.. konsep mungkin sama malah lebih berat lagi tanggungannya...

=================================
Benarkah gangguan jin dan makhluk halus ini wujud???...
.
Sedarkah kita dalam realiti sebenar hidup tidak pernah sunyi dari “gangguan”???...
=================================

Firman Allah SWT dalam surah Al-An`am ayat 112 :

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتََ

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebagian mereka membisikkan kepada sebagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan)kerjakan."

Ramai yang tidak menyedari bahkan tidak peduli dengan gangguan jin dan makhluk halus dalam kehidupan sehari-hari. Padahal, wujudnya gangguan jin dan makluk halus ini telah dipersetujui oleh semua malahan oleh semua penganut agama dengan cara pandangan dan kepercayaan masing-masing. Sebahagian besar masyarakat merasakan tidak terlalu penting untuk membahaskan perihal gangguan ini. Ramai yang menyangka bahawa makhluk tersebut tidak berpengaruh apa pun dalam kehidupan. Baik dari segi kesihatan, kerjaya, rezeki, jodoh malah dalam kehidupan seharian...

Rata-rata menyebut;

“Aku ok, jek.... Alhamdulilah, setakat ni takde masalah"
.
"Ish... apsal pulak nak suruh aku berubat... Bukannya aku sakit"
.
“Aah... buat apa nak fikir... mengarutlah semua ni...”

Namun, apabila diaudit... ada di antaranya yang kehidupan realitinya tidak seperti yang dijangka...

��Memiliki jiwa dan kehidupan yang tidak tenteram serta sering dilanda keresahan
��Masih tercari-cari matlamat dan hala tuju dalam kehidupan
��Hubungan dengan Allah seakan rapuh, dibelenggu kemalasan untuk beribadah. Lantas ada juga yang terlajak arif hingga mengamalkan solat sifar.
��Sedaya upaya mempertahankan hubungan suami isteri yang hampir runtuh. Ada juga yang sering berselisih faham hanya kerana sekecil-kecil perkara.
��Menyelamatkan hubungan sesama ahli keluarga umpama retak menanti belah
��Sentiasa melazimkan diri dgn perkara maksiat dan mungkar.
��Hilang fokus dalam pekerjaan mahupun pembelajaran di samping emosi yang tidak stabil
��Mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui puncanya atau tidak berkesudahan
��Diselubungi penyakit mistik hingga menguji kesabaran dan keimanan
��Merasa malas untuk melaksanakan tanggungjawab serta kewajipan dalam kehidupan seharian
��Kehidupan terhimpit seakan serba-serbinya yang dilakukan tidak menjadi
��Rezeki terasa sempit dan kebanyakan hajat tidak kesampaian

✅Bukankah perkara di atas sudah cukup utk menyatakan yang diri kita bermasalah atau sedang mengalami “gangguan”???

Lontarkan keegoan itu jauh-jauh dan bangkitlah dari kealpaan...

Sebagaimana khutbah terakhir Rasulullah S.A.W yang berlaku pada peristiwa Haji Wida’ iaitu pada 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, di antara isi dari khutbah baginda adalah:-

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

Jelas di atas bahawa baginda mengingatkan kita supaya tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan walau dalam sekecil-kecil perkara. Secara tidak langsung, syaitan akan menyesatkan kita dengan cara yang halus. Maka, janganlah kita tunduk kepada “gangguan” mereka. Sebaliknya, tundukkan “gangguan” itu kerana jin dan syaitan akan sentiasa menghalangi kita dari jalan Allah serta membenarkan kemungkaran dan memburukkan kebenaran... 

Begitulah perjalanan hidup, renung-renungkan...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2