Menyembunyikan musibah dan sakit

ByJIWA TARBAWI 345

Hubungan rahsia dengan NYA..

عن ابن عمر رضي الله عنهما ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

مِنْ كُنُوْزِ الْبِرِّ كِتْمَانُ الْمَصَائِبِ وَ الْأَمْرَاضِ وَ الصَّدَقَةِ .

رواه أبو نعيم في حلية الأولياء  ، تخريج السيوطي

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda,:

” Termasuk dari simpanan-simpanan perbendaharaan kebaikan ( ialah ) menyembunyikan musibah-musibah, kesakitan dan sedekah ”.

HR Abu Nu’aim dalam Hilyah Al Awliya' ,ditakhrijkan oleh Al Hafiz As Suyuthi

Disebut sebagai "simpanan atau perbendaharaan ", bererti hanya Allah ta'ala yang mengetahuinya, dan amalan itu tidak diberikan kepada pihak lain yang menuntut ganjarannya di akhirat kelak.

Mengadu-ngadu, mengungkit-ngungkit dan menzahirkan musibah dan penyakit, hanya akan mencacatkan nilai kesabaran sedangkan menyembunyikannya merupakan puncak kesabaran.

Manusia juga sering mahukan disebut-sebut orang dalam pemberian sedekahnya yang hanya akan merosakkan keikhlasan.

Justeru, ambillah tauladan dari Nabi Yaakub 'alaihis salam, dalam melalui ujian getir dari Allah 'azza wa jalla :

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّـهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ  ﴿يوسف: ٨٦﴾

Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".

Yusuf : 86

Juga tauladan dari Nabi Ayyub 'alaihis salam,

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya, “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” 

Al Anbiya : 83

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya; Sesungguhnya aku diganggu setan dengan kepayahan dan siksaan.” 

Shad : 41

Pada Mu Ya Rabb aku pasrah.

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2