Umur adalah masa

Berkata Imam al-Ghazzali dalam kitabnya Bidayat al-Hidayah:

"Masamu adalah umurmu, umurmu adalah modalmu dan menjadi  (bahan) perniagaanmu. Dengannya kamu boleh sampai ke ni'mat abadi di sisi Allah. Maka setiap nafasmu adalah permata yang tidak ternilai. Ia juga tiada ganti. Apabila ia hilang maka ia TAK AKAN KEMBALI."

Maka jangan jadi seperti si bodoh yang gembira setiap hari dengan pertambahan hartanya...tetapi turut berkurang usianya. Maka apa lagi yang baik pada harta yang bertambah tapi umur pula berkurang.

Maka janganlah kamu gembira melainkan dengan pertambahan ilmu dan amal...kerana keduanya menjadi temanmu yang mengiringimu ke dalam kubur ketika keluarga, harta, anak-anak dan kawan-kawanmu meninggalkanmu....

* Aduh! Sentap jiwa membaca baris-baris ini daripada buku قيمة الزمان عند العلماء - NILAI MASA DI SISI ULAMA' ....

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2