Tarbiah diri

TARBIAH DIRI

♡    Mencaci orang lain dengan kata2 kotor, tidak membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri. Sebab kata2 kotor itu keluar dari hati & fikiran kita. Hanya hati & fikiran yg kotor mengeluarkan kata2 kotor.

♡    Menghina orang tidak membuat orang jadi hina, melainkan membuat hina diri sendiri. Sebab hanya hati & fikiran yg hina akan mengeluarkan kata2 & prilaku menghina.

♡    Menghormati orang dengan kata2 kasih akan membuat diri anda dihormati & hati anda penuh kasih sayang. Sebab hanya hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata2 kasih.

♡    Menguatkan orang lain dengan kata2 bijak akan membuat diri anda lebih kuat & fikiran anda bijak. Sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata2 bijak.

♡    Membahagiakan orang dengan kata2 berpengharapan akan membuat diri anda bahagia & penuh pengharapan. Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata2 penuh harapan.

☆    Kata2 & perbuatan kita mencerminkan diri kita & akan membentuk siapa diri kita.

☆    Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki & selanjutnya pula itu pula yang akan kita terima.

♥    Dosa boleh diampunkan dengan taubat & pendosa boleh berubah dengan amal ibadah & kebajikannya. Kerana itu Islam membenci dosa. Bukan membenci pendosa.

♥    Bila mata bertemu mata akan timbul rasa cinta, tapi bila dahi bertemu Sejadah akan kau temui kebesaran Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2