Perihal Lailatul Jaiezah
#LAILATUL #JAIEZAH..
Mohon sebarkan..
Malam Pertama Hari Raya Aidilfitri di namakan sebagai Lailatul Jaiezah (malam pengurniaan Hadiah)
Pada malam itu orang-orang Mukmin akan diberikan hadiah daripada Allah swt
Oleh itu kita perlulah bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut
Kebanyakan orang, bukan sahaja orang awam bahkan ahli-ahli agama pun turut tidur dengan nyenyak pada malam itu kerana keletihan sebulan berpuasa.. Seharusnya setelah kita berhempas pulas memburu malam Lailatulqadar, kita kne siap sedia untuk malam LailatulJaezah..
Sebagaiman kita melihat Para Sahabat Rasulullah, setelah selesai satu perintah Allah mereka sempurna kan.. Mereka memikirkan Perintah Allah yg seterusnya untuk mereka sempurna kan.. Kehidupan mereka sentiasa berlalu dari satu kebaikan kepada satu kebaikan yg lain.. Allahuakbar..
Sedangkan malam LailatulJaezah itu juga adalah malam yang khusus perlu disibukkan dengan ibadat
Nabi saw bersabda, sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam hari raya yakni sibuk dengan beribadat dengan niat untuk mendapatkan ganjaran maka hatinya akan hidup pada hari hati-hati yang lain akan mati (yakni apabila hati-hati orang ramai akan mati pada masa fitnah dan kerosakan atau juga mungkin dimaksudkan pada hari sangkakala ditiupkan maka rohnya akan tetap sedar)
ada dinyatakan di dalam kitab Fadhilat Ramadhan, bahawa sesiapa yang berjaga pada lima malam untuk beribadat maka di mudahkan syurga untuknya..
Malam itu ialah
malam Tarwiyyah (malam kelapan Zul-Hijjah),
malam 'Arafah (malam kesembilan Zul-Hijjah,
malam Nahar (malam Aidiladha),
malam Aidul Fitri dan malam kelima belas Sya'ban
Dalam Kitab Kasyful Ghummah..ada di nukilkan kalam Imam Mazhab kita Imam Muhammad Bin Idris Bin Syafie rah iaitu Imam Syafie rah..Terdapat 5 malam yg Doa di Qabulkan :
1-Malam Jumaat
2- malam awal Bulan Rejab
3- Malam Nisfu syaban
4- Malam Aidilfitri
5- Malam Aidiladha
Berbuka puasa akhir ramadhan tu sblm masuk 1 syawal tu..berdoalah dgn doa yg panjang di iringi tangisan.. Usahakan solat magrib dan Isyak usahakan berjemaah di Masjid.. Moga brkat solat isyak berjemaah itu kita di kira beribadah separuh malam..
Kemudian kita niat untuk bgn Tahjud ye atau sekurang-kurangnya solat witir sebelum tidur..sebulan kita solat witir dalam ramadhan, maka teruskan lah hingga akhir hayat.. Usahakanlah Solat Subuh Berjemaah di Masjid..Subuh brjemaah mndapat ganjaran solat sepanjang-panjang malam..
Ataupun jika rasa terlampau sibuk malam raya untuk memasak, gunakanlah masa yg di antara maghrib dan isyak yg singkat itu untuk berzikir, baca Quran, berwirid dan berdoa.. Kerana malam ini sgt mustajab.. Semoga kita di golongkan sebagai mereka yg mghidupkan malam Lailatul Jaezah ini.. Amin..
Sepekara lg, jangan pula kita terlupa untuk menyusun hari dalam bulan syawal untuk berpuasa 6 di Bulan Syawal..pangkah siap2 dlm dairy kalendar hari apa yg sy akan puasa..kalau tidak nanti kita akan terperangkap dgn open house di mana².. Usahakan Agar tidak lah berlalu syawal melaikann kita telah habiskan puasa 6 di bulan syawal..
semua niat insyAllah untuk beramal.. Semoga mnjadi asbab Hidayah.. Amin..
Comments
Post a Comment