Bahagia di dunia dan akhirat

πŸ’ Bahagia Di Dunia, Bahagia Di Akhirat πŸ’
- oleh Ustaz Ebit Lew (14/10/2019 @ Kluang)

βœ… Rasulullah orang paling Bahagia di dunia. Sentiasa senyum 😊 Tak pernah Saidatina Khadijah memandang wajah baginda melainkan dengan senyuman.
βœ… Orang buat baik, kita hargai. Orang tak hargai tak apa. Kita buat sebab Allah.
βœ… Bahagia tu dekat hati ❀
βœ… Orang buat jahat, kita balas baik, iman tu ada di hati. Jangan balas dengan kejahatan.
βœ… Muhasabah diri :
Hidup tapi tak kenal Tuhan - itulah musibah paling teruk
βœ…Syukur pd Allah sebab dapat jadi orang Islam. Terima kasih pada Allah.
βœ… Semua orang boleh bahagia. Takde orang tak boleh bahagia.
βœ… Ada mak ayah lagi? - peluklah selalu
βœ… Makan dlm dulang - suaplah ahli keluarga - mudah berkasih sayang. Anak yang nakal/jahat pun akan jadi manja (pengalaman ustaz)
βœ… Allah sayang kita semua πŸ₯°
βœ… Nabi tak pernah pandang rendah pada sesiapa. Jangan sesekali pandang rendah pada orang lain.
βœ… Kenapa tak bahagia ? Tak kenalkan nabi dan keluarga baginda pada keluarga kita.
βœ… Sebab Nabi, kita dapat Islam. Nabi berjuang siang malam - berkorban untuk kita. Kita terhutang budi pada nabi, keluarga baginda dan para sahabat.
βœ… Allah sayang semua. Allah kasih pada semua orang.
βœ… Mati tak tahu bila : maka jika solat- habis habisan solat (buat betul2). Jika mahu membantu - membantulah habis-habisan - tiada istilah nanti / tangguh (esok, minggu depan dll)
βœ… Bimbing keluarga ke jalan Allah
βœ… Hidup ini bukan pasal siapa hebat, bukan siapa glamour, bukan siapa kaya, bukan siapa-siapa - Tapi sebab DIA :  terima kita atau tak terima?
βœ… Jangan bergaduh sesama kita - berkasih sayanglah dengan semua  tanpa kira agama dan bangsa.
βœ… Doa minta Allah jagakan ahli keluarga kita
βœ… Cakap dengan ahli keluarga - yang kita sayang mereka kerana Allah
βœ… Semua manusia rindukan kebaikan. Ingin berbuat kebaikan.
βœ… Nampak anak yatim - usaplah kepala spt sunnah Nabi. Peluk la dia. Mereka mst rindu mak ayah dan adik beradik.
βœ… Nak bahagia? Solat awal waktu. Jangan tinggalkan solat.
βœ… Siapa jaga solat, Allah jaga dia. Siapa yang tinggal solat, dia sedang memusnahkan hidup dia. 
βœ… Buatlah semua kerana Allah
βœ…Hadiah terbaik ibu bapa buat anak2 adalah akhlak.
βœ… Amalkan sunnah Nabi dalam keluarga - suap, peluk, cakap sayang (zahirkannya) dll
βœ… Orang beriman adalah orang paling berani - tak takut sesiapa melainkan Allah
βœ… Jangan hina sesiapa - Allah jadikan semuanya sebaik-baik kejadian
βœ… Buat taklim di rumah hari-hari bersama keluarga - baca Quran dan hadis. Ceritakan kisah nabi dan sahabat pada ahli keluarga
βœ… Setiap hari doakan mak ayah kit 🀲🏻
βœ… Bila kita sedih, doa pada Allah. Allah sentiasa ada utk dengar doa kita
βœ… Hargai mak ayah. Keredhaan Allah terletak pd keredhaan mak ayah. Muliakan mak ayah kita. Doakan mak ayah kita supaya tak masuk neraka (doakan setiap hari)
βœ… Tepati masa, tepati janji pasti Allah sayang.
βœ… Solat hajat, sedekah dan baca matnzin (baca dan tgk maknanya) - inshaallah jumpa solusi masalah
βœ… Amalkan doa keluar rumah. Baca sama2 ahli keluarga masa nk keluar rumah
βœ… Ibu tunggal - dapat tempat dekat dgn Nabi berkat besarkan anak seorang diri (bersusah payah)
βœ… Doa - surah Ibrahim ayat 40 (supaya semua ahli kelurga tetap solat)
Semoga Allah maafkan kita semua.Doa jangan tinggal lepas solat fardhu.
βœ… DOA - Surah Al-Furqan ayat 74 - Inshaallah dapat pasangan yang baik dan beriman
βœ… DOA - supaya anak tidak degil - Surah Al-Akhqaf ayat 15 (semua keluarga dapat Islam)
βœ… Zikir dapat anak : baca khalidun bariuu musowir - (nama-nama allah yang maha memberi)
βœ… Surah Al- Anbiya - ayat 89 lps solat fardhu - jangan tinggalkan

Allah SAYANG kita semua. Hiduplah kita dengan RAHMAT & KASIH SAYANG ALLAH ❀ InshaAllah - bahagia dunia dan akhirat. ✨ Aaminn 🀲🏻

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kelebihan surah Al Fiil