Sebarkan kasih sayang
5 CARA SEBARKAN KASIH SAYANG.❤️
Dunia adalah sepertimana kaca mata kita memandangnya.
1. Pandang semua makhluk Allah dengan penuh kasih sayang, tidak ada orang yang tak pernah buat salah dan silap. Termasuklah diri kita. Jika tanpa kasih dan sayang ini mana mungkin Allah swt ciptakan kita semua.
2. Hadirkan rasa syukur yang mendalam, dari rasa syukur ini membangkitkan rasa sayang, rasa cinta, rasa indahnya tenggelam dalam kasih sayang Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud.
3. Apabila rasa ini terpenuh maka ia mula melimpah ruah. Apabila melimpah ruah maka berbagilah kasih itu kepada seluruh makhluk ciptaanNya. Kita bukan hidup sendiri, semua makhluk layak Bahagia. Binatang, tumbuh-tumbuhan, manusia, bumi dan langit kita saling memerlukan. Berbuatlah baik bukan hanya kepada manusia.
4. Tak mampu beri yang besar, mulakan dengan doa dengan hati yang ikhlas walaupun kepada orang yang menyakiti kita. Orang yang menyakiti kita adalah orang yang disakiti. Secara fitrahnya semua manusia itu asalnya baik dan penuh kasih sayang. Lihat dan renung bayi kecil yang bersih dan suci. Kita semua berasal dari fitrah yang sama.
5. What you give you will get back more. Beri sayang anda akan dapat kasih sayang kembali dalam pelbagai situasi yang berbeza. Usah pernah letak harapan tinggi bahawa kita akan terima kebaikan daripada orang yang sama.
Yakinlah janji Allah adalah benar. Dunia tidak pernah kejam. Allah pasti hadirkan orang lain yang akan membalas kebaikan yang pernah kita lakukan. Tepat pada masanya. Indah dalam aturan takdir dan tadbirNya.
Dari FB Nora Zyan.
Saya berkongsi formula untuk menjadi wanita Berjaya dan Bahagia, dunia akhirat. Insya Allah!
Jika mahu saya teruskan sharing, komen ALLAH SAYANG SAYA. 😊#SHARE ❤️
#SeminarMudahnyaBahagia
#RetreatProgram
Comments
Post a Comment