Posts

Showing posts from October, 2020

Pesan Imam Shafie

PESANAN IMAM SHAFIE 1. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohinya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan itu perlu dibajai dengan 5 perkara. a. Yakin b. Ikhlas c. Mengerjakan amalan sunat d. Istiqamah e. Disiplin 2. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak2nya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Beri ketenangan hidup dan qanaah. 3. Khusyuk secara zahir bagi orang awam. Khusyuk batin pilihan di sisi Allah. 4. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepaa al-haq yang tidak berbelah bagi. 5. Perlindungan dari Allah hendaklah selalu dipohon sekurang-kurangnya โ€˜Aโ€™uzubillahi minashaitanirrajimโ€™.. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah hendak menguji keteguhan sabar kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sab...

IKRAM - Empati dan Pendengaran Aktif

Image
 IKRAM HEALTH MALAYSIA 9hb Okt 2020 LIVE : Empati dan Pendengaran Aktif: Bagaimana ia Membantu Isu Kesihatan Mental Empati dan Pendengaran aktif adalah kemahiran yang biasa bagi mereka yang bekerja di bidang kesihatan mental. Bagaimana kita, orang awam boleh berempati dan menjadi pendengar yang aktif dan bagaimana ia membantu isu-isu kesihatan mental. Kami Wanita IKRAM Johor bersama IKRAM Muda Johor membawakan penampilan khas Dr. Nadzirah Basri berkongsi tentang topik ini supaya kita dapat menjadi individu dan masyarakat yang peka dan peduli. Berikut adalah nota ringkas petikan dari FB Live ini. FB Live Mendengar bukan saja dgn telinga tapi dgn mata dan hati. Ingat apa yang dikatakan kepada kita.  Ingat mesej yang kita terima itu. Memahami apa yang dirasakan oleh orang lain seolah2 kita merasainya sendiri. cth Nabi - jadi imam solat, terdengar bayi menangis, terus memendekkan solat. Elakkan dari menasihati, memberi pendapat walaupun kita tak bersetuju dengan cara orang itu. Ja...

Pengajaran di sepanjang kehidupan

 Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.  1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari. 2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan. 3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu. 4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang. 5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang. 6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan. 7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris. 8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri. Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sen...

EMPAT JAMINAN DARI BAGINDA RASULULLAH SAW INI SERING KITA LUPAKAN

 EMPAT JAMINAN  DARI BAGINDA RASULULLAH SAW INI SERING KITA LUPAKAN 1. JAMINAN PERTAMA :  Bersabda Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam :  ู…ูŽู† ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ุตุจุญุŒ ูู‡ูˆ ููŠ ุฐู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ุŒ ูู„ุง ูŠูŽุทู„ูุจูŽู†ู‘ูŽูƒู… ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุฐู…ู‘ูŽุชู‡ ุจุดูŠุกุ› ูุฅู† ู…ู† ูŠุทู„ูุจู‡ู ู…ู† ุฐู…ุชู‡ ุจุดูŠุก ูŠุฏุฑูƒู‡ุŒ ุซู… ูŠูŽูƒูุจู‡ ุนู„ู‰ ูˆุฌู‡ู‡ ููŠ ู†ุงุฑ ุฌู‡ู†ู… "Barangsiapa melaksanakan Solat Subuh maka ia berada dalam (jaminan) perlindungan Allah. Maka jangan sampai Allah menuntut kalian sesuatu apa pun pada jaminan-Nya. Kerana barangsiapa yang Dia tuntut pada jaminan-Nya, pasti Dia akan mendapatkannya. Kemudian dia akan ditelungkupkan pada wajahnya di dalam Neraka.โ€  (HR. Muslim, dari Jundubibn Abdillah al-Bajali Radhiallahu โ€˜anhu)  2. JAMINAN KEDUA :  Bersabda baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam :  ู…ู† ู‚ุฑุฃ ุขูŠุฉ ุงู„ูƒุฑุณูŠ ุฏูุจุฑ ูƒู„ ุตู„ุงุฉู ู…ูƒุชูˆุจุฉ ู„ู… ูŠู…ู†ุนู‡ ู…ู† ุฏุฎูˆู„ ุงู„ุฌู†ุฉ ุฅู„ุง ุฃู† ูŠู…ูˆุช  "Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk surga, kecuali kematian."...

41 AKHLAK RASULULLAH SAW YG PATUT KITA CUBA CONTOHI

 41 AKHLAK RASULULLAH SAW YG PATUT KITA CUBA CONTOHI ูก. Baginda selalu diam. ูข. Berbicara ketika perlu. ูฃ. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat . ูค. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ูฅ. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab ุงู„ู„ู‡ swt). ูฆ. Selalu menundukkan pandangan kerana tawadduโ€™. ูง. Berfikir terus-menerus. ูจ. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ูฉ. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya. ูกู  . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ูกูก . Marah bukan kerana nafsu . ูกูข . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ูกูฃ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ูกูค . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ูกูฅ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas. ูกูฆ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ูกูง . Tidak pernah membalas kejahatan de...

SELALU BERSYUKUR DAN BERISTIGHFAR

 ๐Ÿ’Ž SELALU BERSYUKUR DAN BERISTIGHFAR โœ๐Ÿป Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taymiyyah -semoga Allah merahmati beliau- : ุงู„ุนุจุฏ ุฏุงุฆู…ุงู‹ ุจูŠู† ู†ุนู…ุฉ ู…ู† ุงู„ู„ู‡ ูŠุญุชุงุฌ ููŠู‡ุง ุฅู„ู‰ ุดูƒุฑุŒ ูˆุฐู†ุจ ู…ู†ู‡ ูŠุญุชุงุฌ ููŠู‡ ุฅู„ู‰ ุงุณุชุบูุงุฑ "Seorang hamba itu selalu diantara kenikmatan dari Allah yang perlu padanya kepada rasa syukur, dan (antara) dosa yang perlu padanya kepada istighfar." ๐Ÿ“— At-Tuhfah Al-'Iraqiyyah, hal. 457

Sifir 7 kehidupan

Cantik Tazkirah Ni..... *KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH* Kita, khidupan kita  dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan. *7x 1= 7* Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn. *7x 2=14* Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. *7 x 3=21* Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sun...

MEMBALAS KEBAIKAN ORANG YANG BERBUAT BAIK PADA KITA

 โ˜๏ธ Satu Hari Satu Hadits (SHSH)โ˜๏ธ BERUSAHA MEMBALAS KEBAIKAN ORANG YANG BERBUAT BAIK PADA KITA Dari Ibnu โ€˜Umar radhiyallahu โ€˜anhuma, Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam bersabda, ูˆูŽุนูŽู†ู’ ุงูุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ -ุฑูŽุถููŠูŽ ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง- ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุนูŽู†ู ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ู‚ูŽุงู„ูŽ: โ€“ ู…ูู†ู’ ุงุณู’ุชูŽุนูŽุงุฐูŽูƒูู…ู’ ุจูุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ู ููŽุฃูŽุนููŠุฐููˆู‡ู, ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุณูŽุฃูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ุจูุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ู ููŽุฃูŽุนู’ุทููˆู‡ู, ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุชูŽู‰ ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ู…ูŽุนู’ุฑููˆูู‹ุง ููŽูƒูŽุงููุฆููˆู‡ู, ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฌูุฏููˆุง, ููŽุงุฏู’ุนููˆุง ู„ูŽู‡ู โ€“ ุฃูŽุฎู’ุฑูŽุฌูŽู‡ู ุงูŽู„ู’ุจูŽูŠู’ู‡ูŽู‚ููŠูู‘. โ€œBarangsiapa meminta perlindungan kepadamu dengan nama Allah, lindungilah dia; barangsiapa meminta sesuatu kepadamu dengan nama Allah, berilah dia; barangsiapa berbuat baik kepadamu, balaslah dia, jika engkau tidak mampu, berdoalah untuknya.โ€ (HR. Abu Daud, no. 1672; An-Nasai, 5:82, no. 2568; Ahmad, 9:266; Al-Hakim, 2:63-64; Al-Baihaqi, 4:199).

ADAB DALAM BERIBADAT

 TANYALAH USTAZ 2020: (Da'i Azrin & Ustaz Muhadir Joll) 2/10/2020 IBADAH ADAB DALAM BERIBADAT โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข Alhamdulillah,syukur pada Allah dibangunkan kita dan dapat mengerjakan ketaatan pada Allah dan dapat bersama #TanyalahUstaz #BiarTahuJanganKeliru TAJUK INI SANGAT PENTING. Manusia ada tugas sebagai khalifah dan sebagai hamba(beribadat pada Allah). ADAB ADA 2,ADAB  ZAHIR DAN ADAB BATIN: 1)ADAB ZAHIR Nak solat ada adab cth berwuduk dll. Nak puasa ada adab. Banyak lagi ibadatยฒ lain yg perlu jaga adab. 2)ADAB BATIN 1)Berpuasa tidak sekadar menahan lapar dan dahaga,hendaklah dia menjaga seluruh anggota badan dari buat maksiat(ini adab batin). IBADAT ADA SAH DAN MAKBUL: Sah ialah menjaga rukun(zahir)tapi belum tentu ibadatnya diterima kerana dia beribadat tapi riak(batin) Org yg beribadat tanpa ilmu tidak diterima oleh Allah. Sesiapa yg beramal tanpa ilmu,amalannya ditolak. Kalau betul ibadat zahirnya, sah ibadatnya,kalau betul batinnya In Shaa Alla...

AMALAN-AMALAN KHUSUS SEBAGAI PERISAI DARI API NERAKA

 ๐ŸŒธ AMALAN-AMALAN KHUSUS SEBAGAI PERISAI DARI API NERAKA ๐ŸŒธ ๐Ÿ›ก๐Ÿ”ฅ๐Ÿ›ก๐Ÿ’ฅ๐Ÿ›กโšก๏ธ๐Ÿ›ก๐Ÿ”ฅ๐Ÿ›ก๐Ÿ’ฅ๐Ÿ›กโšก๏ธ Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menyebutkan secara khusus beberapa amalan sebagai perisai dari api neraka, diantara amalan-amalan tersebut adalah : 1โƒฃ Mentauhidkan Allah Ta'ala dan menjauhi kesyirikan. Dari Mu'adz bin Jabal radhiyallahu anhu beliau berkata, ุฃูŽู†ูŽุง ุฑูŽุฏููŠูู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠูู‘ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ูŠูŽุง ู…ูุนูŽุงุฐู.  ู‚ูู„ู’ุชู: ู„ูŽุจู‘ูŽูŠู’ูƒูŽ ูˆูŽุณูŽุนู’ุฏูŽูŠู’ูƒูŽ. ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูุซู’ู„ูŽู‡ู ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง: ู‡ูŽู„ู’ ุชูŽุฏู’ุฑููŠ ู…ูŽุง ุญูŽู‚ู‘ู ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏูุŸ ู‚ูู„ู’ุชู: ู„ูŽุง. ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽู‚ู‘ู ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ุจูุฏููˆู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูุดู’ุฑููƒููˆุง ุจูู‡ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง. ุซูู…ู‘ูŽ ุณูŽุงุฑูŽ ุณูŽุงุนูŽุฉู‹ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ูŠูŽุง ู…ูุนูŽุงุฐู. ู‚ูู„ู’ุชู: ู„ูŽุจู‘ูŽูŠู’ูƒูŽ ูˆูŽุณูŽุนู’ุฏูŽูŠู’ูƒูŽ. ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‡ูŽู„ู’ ุชูŽุฏู’ุฑููŠ ู…ูŽุง ุญูŽู‚ู‘ู ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏู ุนูŽู„ูŽู‰ ุง ุฅูุฐูŽุง ููŽุนูŽู„ููˆุง ุฐูŽู„ููƒูŽุŸ ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ูŠูุนูŽุฐูู‘ุจูŽู‡ูู…ู’ โ€œSuatu saat saya dibonceng Nabi  shallallahu โ€˜alaihi wasallam di atas keledai. Beliau Shallallahu โ€˜alaihi wasallam bertanya, โ€˜Wahai Muadz.โ€™ Saya menjawab, โ€˜Aku selalu menyambutmu.โ€™ Beliau shallallahu โ€˜alaihi...

KELEBIHAN BAGI ORANG YANG KERAP MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

 Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat. Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda:  Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran At-Tabrani dan an-Nuโ€™aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:  Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian, Maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurgaโ€ Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Kaโ€™ab). Terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib),  jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa...