Pesan Imam Shafie
PESANAN IMAM SHAFIE
1. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohinya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan itu perlu dibajai dengan 5 perkara.
a. Yakin
b. Ikhlas
c. Mengerjakan amalan sunat
d. Istiqamah
e. Disiplin
2. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak2nya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Beri ketenangan hidup dan qanaah.
3. Khusyuk secara zahir bagi orang awam. Khusyuk batin pilihan di sisi Allah.
4. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepaa al-haq yang tidak berbelah bagi.
5. Perlindungan dari Allah hendaklah selalu dipohon sekurang-kurangnya ‘A’uzubillahi minashaitanirrajim’.. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah hendak menguji keteguhan sabar kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sabil. Ketulenan jihat kita.
6. Sebesar-besar Keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
7. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertakan oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
8. Ketahuilah Istifar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
9. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberikan Maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti meninggikan darjatnya di sisi manusia.
10. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
11. Tuntutlah Ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang salih.
12. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu :-
a. mengurangkan tidur
b. mengurangkan makan
c. mengurangkan bercakap
d. berpada-pada dengan rezeki yang ada
Yyy
Comments
Post a Comment