ADAB DALAM BERIBADAT

 TANYALAH USTAZ 2020:

(Da'i Azrin & Ustaz Muhadir Joll)

2/10/2020


IBADAH

ADAB DALAM BERIBADAT

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Alhamdulillah,syukur pada Allah dibangunkan kita dan dapat mengerjakan ketaatan pada Allah dan dapat bersama #TanyalahUstaz #BiarTahuJanganKeliru


TAJUK INI SANGAT PENTING.

Manusia ada tugas sebagai khalifah dan sebagai hamba(beribadat pada Allah).

ADAB ADA 2,ADAB  ZAHIR DAN ADAB BATIN:

1)ADAB ZAHIR

Nak solat ada adab cth berwuduk dll.

Nak puasa ada adab.

Banyak lagi ibadat² lain yg perlu jaga adab.

2)ADAB BATIN

1)Berpuasa tidak sekadar menahan lapar dan dahaga,hendaklah dia menjaga seluruh anggota badan dari buat maksiat(ini adab batin).

IBADAT ADA SAH DAN MAKBUL:

Sah ialah menjaga rukun(zahir)tapi belum tentu ibadatnya diterima kerana dia beribadat tapi riak(batin)

Org yg beribadat tanpa ilmu tidak diterima oleh Allah.

Sesiapa yg beramal tanpa ilmu,amalannya ditolak.

Kalau betul ibadat zahirnya, sah ibadatnya,kalau betul batinnya In Shaa Allah,makbul ibadatnya.


ADAKAH BERI KESAN PADA AMALAN IBADAT SEANDAINYA TAK ADA ADAB DALAM IBADAT(cth buat ibadat sambil lewa)?

Ya,sudah pasti ada kesan.

Dalam hidup kita kena jaga 2 hubungan:

1)HUBUNGAN DGN ALLAH:

Kalau tak jaga adab ketika solat(solat sambil lewa)dia tak dapat ketenangan selepas solat.

2)HUBUNGAN DGN MANUSIA:

Kalau tak jaga adab dgn Allah macamana nak jaga adab dgn manusia.

Kalau ada masalah dgn manusia,check bagaimana adab kita dgn Allah.


SOLAT BERJEMAAH HINGGA KUAT SUARANYA,APAKAH INI JUGA TAK ADA ADAB?

Jangan tinggal solat berjemaah.

Solat berjemaah dapat 27 darjat.

Saf yg pertama juga berbeza pahalanya dgn saf² yg lain.

SOLAT BERJEMAAH JUGA PERLU JAGA ADAB²NYA.

ADAB SOLAT JEMAAH:

Luruskan saf.

Baca rukun qauli jangan terlalu kuat(hukumnya makruh dan boleh jadi haram jika menganggu org lain).

RUKUN QAULI HENDAKLAH MEMBACA(baca Al-Fatihah)HINGGA DIDENGAR TAPI JANGAN TERLALU KUAT.

Mudah²an istiqamah solat berjemaah dan jangan menganggu org lain.


BILA SOLAT JEMAAH DIA JAGA TOMAKNINAH TAPI BILA SOLAT SEORANG² DIA LAJU²,APAKAH INI TIDAK MENJAGA ADAB?

Ini seperti ada sifat kemunafikan kerana buat sesuatu ibadat dihadapan org elok² tapi bila dibelakang org dia buat ibadat tak elok kerana merasa Allah maha pengampun.

ADA ORG BUAT IBADAT BAIK DALAM BULAN RAMADAN TAPI YG KITA NAK KITA NAK BUAT IBADAT BUKAN HANYA BAIK DALAM BULAN RAMADAN TAPI NAK JUGA BUAT IBADAT DGN BAIK WALAUPUN SELEPAS RAMADAN.

Ketika berada dgn org kita solat dgn tenang dan ketika solat berseorangan,solatlah juga dgn tenang(Jaga tomaknimah).


SOLAT DI MASJID LENGKAP(berjubah,berwangian)TAPI SOLAT DI RUMAH TAK LENGKAP(pakai baju biasa dan tak pakai songkok,tak pakai minyak wangi).

APAKAH INI TAK BERADAB?

Solatnya sah tapi sebagaimana kita bersungguh dihadapan org hendaklah kita juga bersungguh ketika berseorangan(lengkap pakaian ke masjid,lengkap juga berpakaian di rumah).

BERUSAHALAH BAGAIMANA KITA SOLAT DIMASJID BEGITU JUGA SOLAT KITA DI RUMAH.


IMAM SELALU PESAN SUPAYA MELURUSKAN SAF,APAKAH INI SUATU TUNTUTAN BERAT DALAM SOLAT BERJEMAAH?

Ya,Rasulullah tidak akan memulakan solat sehingga saf lurus.

Luruskan saf ialah dgn melihat tumit kaki.

JANGAN DIPANDANG RINGAN.

Imam ada peranannya dan makmum juga ada peranannya.


APA FAKTOR IHSAN DALAM IBADAT DAN APAK IHSAN BERKAITAN DGN TASAWUF?

Ihsan ialah seolah-olah melihat Allah dalam beribadat(ini ikhlas)

Buat sesuatu sebaik mungkin(sempurna).

ALLAH MENYUKAI ANTARA KAMU YG BUAT SESUATU DGN TERBAIK(dgn sempurna).

Ihsan ialah ajaran dalam tasawuf.

Taswuf ialah kosongkan dari dari sifat² yg tak baik dan jaga diri bersifat dgn sifat² yg baik.


ADAB KETIKA KHUTBAH,BOLEHKAH MAIN HPHONE DAN BERZIKIR SERTA APAKAH BUAT BAIK PADA IBUBAPA ITU JUGA IBADAT?

Ya,tidak beradab jika main hphone ketika imam baca khutbah.

Nabi tegur org yg main ranting kayu ketika khutbah Jumaat kerana ini perkara lagha(dia telah solat tapi tak ada pahala).

BERZIKIR PUN TIDAK DIGALAKKAN KETIKA BERKHUTBAH(ini juga dianggap lagha).

NASIHAT KAWAN SUPAYA DIAM KETIKA KHUTBAH(ini juga lagha).

INI TAK ADA ADAB DAN PAHALA JUMAATNYA KOSONG.

Adab dgn ibubapa dan guru termasuk ibadat yg umum bukan termasuk ibadat khusus.


BAGAIMANA ADAB MENUNTUT ILMU SECARA ON LINE(kadang² sambil makan)?

Kena jaga adab  walaupun secara live.

Dianggap tidak beradab,sambi makan atau minum semasa menuntut ilmu secara live.

Jika dia sedang bekerja dan dalam masa sama dia nak mendengar ilmu,ini tidak mengapa kerana dia sedang bekerja.


KETIKA COVID TAK RAPATKAN SAF,ADA YG PERTIKAIKAN(suruh rapatkan saf)DAN PAKAI BAJU ADA TULISAN CINA,APAKAH INI TAK JAGA ADAB?

Sekarang kita kena jarakkan saf kerana masalah covid.

Kita kena ikut S.O.P jarakkan saf.

Kita kena taat Allah,taat Rasul dan taat pemerintah.

Hendaklah taat pada pemerintah ketika covid ini,ini perintah Allah.

Kalau di rumah tak mengapa solat rapat².

Bersama-samalah kita jaga kita mudah²an selepas ini kita boleh solat seperti biasa.

Memakai pakaian yg ada tulisan(tulisan yg baik)secara solat berseorangan hukumnya harus.

TAPI BILA SOLAT BERJEMAAH,DIA PAKAI BAJU YG ADA TULISAN WALAUPUN TULISANNYA BAIK HUKUMNYA IALAH MAKRUH(ini boleh menganggu org).

Ketika solat,mata hendaklah mengadap  kebawah tapi kadang² kita terangkat mata inilah yg boleh menganggu solat.

KETIKA SOLAT JUGA LEBIH BAIK TUTUP TV SUPAYA TIDAK MENGANGGU.


BAGAIMANA ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN?

Apabila kamu mendengar azan hendaklah jawab azan.

Sunat jawab azan.

Kalau sedang baca Al-Quran atau sedang buat apa sahaja,sunat berhenti dan jawab azan.

JANGAN BERSEMBANG-SEMBANG KETIKA AZAN.

Org yg bercakap-cakap ketika azan ditakuti mati dalam kematian yg tidak baik susah nak sebut لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.

Jika azan secara live di radio atau tv, perlu jawab azan.

Tapi kalau azan itu rakaman,tak jawab pun tak apa.


BAGAIMANA JIKA PENGANTIN YG NIKAH DI DALAM MASJID(cium dahi,tak tutup aurat sempurna)DAN TETAMU TAK SOLAT SUNAT TAHAYATUL MASJID?

Nikah di masjid bagus.

Perlu jaga adab dgn baik.


APAKAH KUALITI ORG YG MENJAGA ADAB BERBEZA DGN ORG YG TAK MENJAGA ADAB DISISI ALLAH DAN MUDAH DAPAT RAHMAT?

Ya,sudah pasti.

Org yg menjaga adab dalam ibadat sudah pasti dapat kasih sayang Allah.

Ada org yg sanggup keluarkan duit utk beli jubah khas utk beribadat dalam solat(ersungguh menjaga adab ketika solat).


BAGI SESEORANG YG BANGUN CEPAT² BANGUN SELEPAS SOLAT APAKAH INI JUGA TIDAK BERADAB?

Ya,Nabi selepas solat,Nabi akan tetap dalam kedudukannya dan beristighfar 3 kali dan berdoa.

Selepas salam hendaklah tetapkan kaki pada kedudukkannya dan tidak berkata-kata serta baca

لا إله إلا الله, وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد, وهو على كل شيء قدير 

sebanyak 10 kali,dapat 10 pahala,dihapuskan 10 kesalahan dan diangkat 10 darjat.

SETELAH 10 KALI BACA,BARULAH BOLEH ALIH KAKI ATAU TERUS BANGUN.


SIFAT MUNAFIK KETIKA SOLAT,APAKAH INI JUGA BERKAITAN DGN TAK BERADAB KETIKA SOLAT?

SIFAT MUNAFIK KETIKA SOLAT:

Solat dgn bermalas-malas

Solat dalam keadan riak

Lalai dalam solat.

Lalai dalam menjaga solat.

Lalai solat berjemaah.

Solat org muafik,solat laju² dan sambil lewa.

KALAU ADA SIKAP² BEGITU HENDAKLAH DIHINDARI.

MUNAFIK ADA 2,MUNAFIK AMAL DAN MUNAFIK IMAN.

1)MUNAFIK AMAL:

Munafik amal(cth solat sambil lewa,laju² dalam solat)ini tak jadikannya kufur.

2)MUNAFIK IMAN:

Manafik iman ialah dia menzahirkan keislaman tapi dalam hatinya tidak beriman(kufur).

TANDA² MUNAFIK;

Berbohong ketika berbicara.

Mungkir janji.

Khianat amanah yg diberi.

INI JUGA TERMASUK MUNAFIK AMAL BUKAN MUNAFIK IMAN.


BACA AL-QURAN TIDAK MENJAGA HUKUM TAJWID,APAKAH INI TIDAK BERADAB DGN AL-QURAN?

Jika dia dah belajar tak faham² lalu baca tak berapa nak betul,dia dapat dua pahala(pahala baca dgn pahala bersungguh nak baca).

Org yg baca Al-Quran dgn mahir,namanya disebut oleh Malaikat.

JANGAN TUNGGU MASA LAPANG BARU NAK BACA AL-QURAN TAPI BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI.

Kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua.

Jangan tunggu masa lapang baru baca Al-Quran tapi ambil masa utk membacanya.


MENONTON TV SAMBIL BERZIKIR DAN MAIN GAME BERZIKIR, APAKAH INI TIDAK BERADAB?

Ini sangat baik.

Hendaklah ingat Allah dgn banyak.

Zikir secara khusus ketika selepas solat,jangan sambil main game.

Tapi jika dia memang sedang tengok tv dan dia selitkan dgn berzikir,ini bagus.

YG MENYALAHI ADAB IALAH DIA BERZIKIR BELUM HABIS ZIKIR DAH MAIN GAME.


BACA AL-IKHLAS 3 KALI PAHALANYA SEPERTI KHATAM AL-QURAN.

TAPI TIDAK LAH SAMA JIKA KITA BACA DARI AL-FATIHAH HINGGA KHATAM(pahalanya lebih banyak mengikut huruf²nya).

Selepas solat subuh buat solat sunat isyraq dapat pahala haji dan umrah tapi org yg belum pergi haji dan umrah WAJIB pergi haji dan umrah.


ILMU SANGAT PENTING SUPAYA DAPAT MENJAGA ADAB² DALAM IBADAT.


RAMAI YG SUKA TIDUR DI MASJID LEBIH LAMA DARIPADA SOLAT,APAKAH INI TIDAK MENJAGA ADAB?

Tak mengapa tidur sebentar.

Jangan guna sejadah takut ada air liur basi(najis)terkena sejadah.


SIAPA YG JAGA SOLAT,ALLAH AKAN MENJAGANYA.


#InShaaAllah_Aamiin

#TanyalahUstazTv3_Tv9

#BiarTahuJanganKeliru


   ❤SILAKAN SHARE❤


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2