IKRAM - Empati dan Pendengaran Aktif
IKRAM HEALTH MALAYSIA
9hb Okt 2020
LIVE : Empati dan Pendengaran Aktif: Bagaimana ia Membantu Isu Kesihatan Mental
Empati dan Pendengaran aktif adalah kemahiran yang biasa bagi mereka yang bekerja di bidang kesihatan mental.
Bagaimana kita, orang awam boleh berempati dan menjadi pendengar yang aktif dan bagaimana ia membantu isu-isu kesihatan mental.
Kami Wanita IKRAM Johor bersama IKRAM Muda Johor membawakan penampilan khas Dr. Nadzirah Basri berkongsi tentang topik ini supaya kita dapat menjadi individu dan masyarakat yang peka dan peduli.
Berikut adalah nota ringkas petikan dari FB Live ini.
Mendengar bukan saja dgn telinga tapi dgn mata dan hati.
Ingat apa yang dikatakan kepada kita.
Ingat mesej yang kita terima itu.
Memahami apa yang dirasakan oleh orang lain seolah2 kita merasainya sendiri.
cth Nabi - jadi imam solat, terdengar bayi menangis, terus memendekkan solat.
Elakkan dari menasihati, memberi pendapat walaupun kita tak bersetuju dengan cara orang itu.
Jadi se-neutral yang boleh.
Jgn cepat nak tutup perbualan dengan menghukum, memihak, membiarkan, buat tak endah, tak peduli.
Elakkan terus memberi hukuman.
Jangan invalidate apa yang dia katakan.
Q - bagaimana pendengaran aktif boleh membantu kesihatan mental?
Kedua2 pihak dapat dibantu - untuk diri sendiri dan untuk orang2 di sekeliling kita.
Perlu empati terhadap orang yang normal, apatah lagi orang yg tertekan/stres, lebih-lebih lagi memerlukan empati.
Bila kita berupaya mendengar dgn aktif, kita juga membantu diri sendiri (kita dapat buat refleksi diri). Bukan saja dapat membantu orang tadi.
a) bantu diri sendiri.
Refleksi diri adalah masa sejenak untuk mendengar diri sendiri dgn aktif.
b) bantu orang lain.
Orang perempuan terutamanya suka bercerita. bukan nak solusi, tapi hanya nak didengari. mengiyakan apa yg dikatakan orang itu dapat memberi kelegaan kpd orang itu.
Umpamanya dalam "parenting" - ibu dan bapa ada nilai yang berbeza - cth. anak tak boleh menjawab.
Ibu tak bagi masa utk dia berehat, tak reti mendengar secara aktif. Nilai yang diajarkan - mesti ikut apa yg ibubapa suruh.
Ibubapa pula "tend to be terlalu authoritative". tak pernah bagi ruang utk anak2 bersuara, didengari.
Kesannya - anak berasa jauh dari ibubapa walaupun duduk dgn ibubapa.
Q - macam mana nak respon bila pesakit/rakan2 yg tertekan?
A - Kita jadilah seorang pendengar yg baik:
- anggap diri kita spt duta kecil utk membantu orang dgn mendengar.
- dipercayai.
- jaga rahsia.
Walaupun begitu, kita perlu utamakan diri sendiri - dengar diri sendiri dulu.
Pesakit/rakan tak perlukan bantu sgt, nak didengari saja.
Dengar semua dulu, biar dia cerita banyak.
Cara respon itu kita hanya buat kesimpulan sebagai third party.
cth.
"mesti susah kan, awak nak lalui semua ni?"
"banyak sangat yang dalam fikiran awak sekarang..."
Lepas tu, baru bagi suggestion:
cth. ambik cuti, bawa anak jenjalan, pergi spa etc.
psychotherapy - rawatan psychology.
Kes 1. wanita dgn anak sumbing.
Mak nampak resah, lalu dirujuk kpd doc ni.
Dia ada penyakit was-was. OCD. hinggakan solat pun dah tak buat dah.
Dia hanya open up masalah sebenar dia, selepas 1 tahun dirawat utk OCDnya. Suka nonton filem porno. masturbate, masih rasa dirinya kotor.
Ambil masa utk open up kerana perlu dapatkan kepercayaan dulu. Satu cara berdakwah juga.
Q - bagaimana cara yg betul nak tunjukkan empati?
A - Kalau pesakit memudaratkan/mencederakan diri nya sendiri, bawa terus ke pakar professional.
1. menghadirkan diri - mentally, eye contact, tutup TV, silent HP, fokus dgn ceritanya.
2. tunjuk ambil berat /prihatin kita - orang boleh rasa, sampai ke hatinya yg kita nak bantu dia.
3. beri tanda2 yg kita faham apa mesej dia - cari persamaan.
4. menjadi neutral antara pihak2 yg diperkatakan. jgn menghukum. cuba bawakan hikmah.
5. bina kepercayaan - simpan apa yg dikongsi sebagai rahsia. kalau perlu bawa dia jumpa professional, minta izin dia dulu.
6. kesabaran - bagi masa utk menangis, biarkan dulu. mungkin nak beritahu susah, perit, sakit pada dia. selepas 4/5 sessi baru open up.
7. beri respon di hujung perbualan. bukan beri nasihat.
Q - bagaimana nak lahirkan masyarakat yg berempati?
Kita mulakan dulu. jadi seorang pendengar aktif. biasanya orang suka bercerita.
Anak2 muda sekarang suka main game dalam talian. game ni fast-pace. adrenalin rush. kesan buruk dari hidup dalam fast-pace menjadikan seseorang itu tak suka mendengar.
Ibubapa terutamanya, beri masa utk mendengar anak2, dgn cara bermain sambil indirectly nak kita mendengar.
Bukan sibukkan dgn gadget. Letakkan ke tepi dan fokus pd perkara yg lebih utama.
Q - dengan anak2, ibu cepat nak buat keputusan untuk anak kita.
A - kita sebagai ibubapa , kita rasa kita ada autoriti/kuasa. Kita rasa itu terbaik untuk dia. Kita tak bagi ruang mereka buat keputusan sendiri untuk selesaikan masalah anak.
Anak tak sempat nak acknowledge apa yg dia rasa, tak boleh nak suarakan.
Kita harus beri anak "problem solving skill" sendiri, dgn cara dia sendiri.
Take a step back, fikirkan ada cara lain tak nak selesaikan masalah.
Tak salah minta maaf pd anak, kalau kita salah.
Kesimpulan:
Perihal interaksi di media sosial - sebenarnya sudah merampas hak kita untuk didengari. di media sosial, hanya tunjuk yg baik2 saja.
Jadi tempat menjemput orang lain memuji / menghukum /mengkomen kita. Tempat one-way communication.
Media sosial bukan tempat utk kongsi masalah, stress, cabaran hidup kita. Tak ada rasa bertemu muka.
Hidup kita perlukan validation dari orang lain.
Kita perlu jadi manusiawi, untuk berkongsi, untuk didengari.
Kita perlu cari orang untuk mendengar, tidak lari dari masalah. Kita perlu meluahkan rasa samada pada orang lain, mahupun diri sendiri cth. menulis jurnal.
Comments
Post a Comment