KELEBIHAN BAGI ORANG YANG KERAP MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

 Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.


Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda:


 Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran


At-Tabrani dan an-Nu’aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:


 Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian,


Maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga”


Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Ka’ab).


Terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib), 

jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari At-Tirmizi).


Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan:


Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. “Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu’awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. 

Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu’awiyah”.

“Boleh saja” jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu’awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.


Selesai sembahyang baginda bertanya “Oleh sebab apa Mu’awiyah berpangkat demikian tinggi?” Malaikat Jibril menjawab “Oleh kerana Mu’awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya.”


Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya.


Dalam kitab Sa’adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda ” Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya” (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas’ud).


Di dalam kitab Fawaid as-Syarji menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda “Ketika masuk rumah bacalah surah Al-Ikhlas”.


Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu, maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.


Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.


Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.


Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran. Bagaimanapun bagi sesetengah orang ia menjadi berat untuk dilakukan oleh kerana banyaknya dosa yang ditanggung.


Mengikut pengalaman orang yang mengamalkan surah Al-Ikhlas ini, apabila kehilangan sesuatu barang, bacalah surah ini sebanyak 21 kali sambil mencari barang tersebut.



Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2