EMPAT JAMINAN DARI BAGINDA RASULULLAH SAW INI SERING KITA LUPAKAN

 EMPAT JAMINAN  DARI BAGINDA RASULULLAH SAW INI SERING KITA LUPAKAN


1. JAMINAN PERTAMA : 


Bersabda Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam :


 مَن صلَّى الصبح، فهو في ذمة الله، فلا يَطلُبَنَّكم الله من ذمَّته بشيء؛ فإن من يطلُبهُ من ذمته بشيء يدركه، ثم يَكُبه على وجهه في نار جهنم


"Barangsiapa melaksanakan Solat Subuh maka ia berada dalam (jaminan) perlindungan Allah. Maka jangan sampai Allah menuntut kalian sesuatu apa pun pada jaminan-Nya. Kerana barangsiapa yang Dia tuntut pada jaminan-Nya, pasti Dia akan mendapatkannya. Kemudian dia akan ditelungkupkan pada wajahnya di dalam Neraka.” 


(HR. Muslim, dari Jundubibn Abdillah al-Bajali Radhiallahu ‘anhu) 


2. JAMINAN KEDUA : 


Bersabda baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam : 


من قرأ آية الكرسي دُبر كل صلاةٍ مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت 


"Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk surga, kecuali kematian." 


(HR. An Nasa’i)


3. JAMINAN KETIGA : 


Barangsiapa membaca Sayyidul Istighfar


 اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ. 


Allahumma Anta Rabbi La Ilaha Illa Anta , Khalaqtani Wa Ana Abduka , Wa Ana Ala Ahdika Wawa'dika Mastatha'tu , Audzubika Min Syarrima Shana'tu , Abu'ulaka Bini'matika Alayya , Wa Abu'u Bidzanbi Fagfirlii Fainnahu La Yagfiruz Junuuba Illa Anta.


Bersabda Baginda Nabi Muhammad Shallahu alaihi wa sallam, 


“Barangsiapa mengucapkannya di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati sebelum subuh, maka ia termasuk penghuni syurga”. 


(HR. Bukhori) 


4. JAMINAN KEEMPAT :


Adalah jaminan menghindari datangnya musibah secara mendadak. 


Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa membaca pada waktu petang, 


“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم 


Bismillahil Ladzi La yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami'ul Aliim. 3x


sebanyak tiga kali niscaya ia tak akan tertimpa musibah secara mendadak sampai pagi hari. Dan barangsiapa membacanya di waktu pagi sebanyak tiga kali niscaya tak akan tertimpa musibah secara mendadak sampai petang hari.” 


(HR. Abu Dawud).


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2