Dalam artikel yang lepas, kita sudah fahami 4 KUADRAN WARNA EMOSI yang terdiri dari MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Kita juga sudah faham apa maksud paksi-X dan paksi-Y ( RUJUK DI SINI ). Secara amnya, ciri-ciri perwatakan ini telah "built-in" sejak kita dilahirkan. Setiap kita, punya kombinasi yang berbeza. Paling mudah untuk kita perhatikan, dari adik beradik satu ibu dan bapa, pasti punya personaliti yang berbeza. Orang MERAH - pantas, suka buat keputusan, ada halatuju. RUJUK SINI - MERAH Orang BIRU - santai-santai saja, suka berdamai. RUJUK SINI - BIRU Orang HIJAU - sangat ambil berat tentang orang lain dan apa orang lain fikir. RUJUK SINI - HIJAU Orang KUNING - sangat teratur, seorang perancang yang baik. RUJUK SINI - KUNING Apabila kita faham bahawa setiap orang berbeza personalitinya, ada "in-born" / "coding" tersendiri, kita sudah boleh kaitkan dengan warna emosinya. Ini bermakna untuk warna emosi seseorang itu, kita faham bagaimana suasana yang o...