Asmaul Husna: Al-Muhaimin

Catatan dari siri Asmaul Husna (Ghulam Ad-Dakwah)


Ref:

Link YT


sifat nama Allah = "al muhaimin".

disebut sekali saja dlm surah al-hasyr ayat 23.


Note: Ibnu Abbas - sepupu Nabi. saudara yg paling hebat mentafsir alquran.

mengikut Ibnu Abbas, maksud muhaimin adalah:

  • Allah menyaksikan (syahidin = tengok dan perhati) semua makhlukNya.
  • "al-hafiz" yg menjaga hamba2Nya (segi keselamatan, makannya).
  • juga bermakna "ar-raqib" Allah yang mengawasi (setiap pergerakan/ucapan/perbuatan kita walaupun sebesar zarah).


dalil: surah al-mujadilah ayat 6.

pd hari itu, Allah membangkitkan mereka (semua) dan dibukakan buku ttg perbuatan di bumi (semasa hidup). Allah menghitung segala amalannya tapi Allah tak lupa. Allah maha menyaksikan atas setiap sesuatu (di luar dan di dlm hati).


dalil: al kahfi ayat 49.

bila orang kafir tengok rekod amalan, lalu berkata semua amalan hadir. Allah tidak zalim walau kepada seorangpun.

semua amalan direkodkan - yg kecil, yg besar, yg buruk, yg baik.

ada amalan yg dalam hati saja, bila kita ingat dosa, terus istighfar. tak masuk rekod amalan. 


zikir setiap pagi 100x - subhanallah wa bihamdihi, subhanallahil azim.

  • dosa sebanyak buih di lautan diampunkan (dosa dgn Allah).
  • dosa dgn manusia kena minta maaf dgn manusia.


cth. solat khusyuk - Allah tahu.


mengikut Imam Ghazali, maksud muhaimin adalah:

  • mengetahui
  • berkuasa
  • sentiasa


tahu tapi takde kuasa nak buat apa - bukan muhaimin

tahu tapi ada kuasa yg terhad - bukan muhaimin

tahu dan boleh bertindak/hukum terus2an - muhaimin


dalil: surah al-maidah ayat 48


al-haq - quran ini terkandung semua kebenaran, quran membenarkan semua yg dlm kitab2 terdahulu

al muhaimin - sifat alquran itu menguasai, mengatasi (terbatal) semua kitab yg terdahulu. 


KESAN BERIMAN DGN NAMA ALLAH AL-MUHAIMIN

1. YAKIN Allah sentiasa mengawasi dan memerhatikan kita secara terang2 ataupun rahsia. dan membawa seseoragh itu takut utk melakukan dosa.

Allah catatkan/rekodkan segala perbuatan baik dan buruk.


beza antara TAHU dan YAKIN.


cth. ar-razaq

- kita tahu Allah saja pemberi rezeki.

- tapi bila duit takde, dah tak tenang, maknanya tak yakin dgn Allah yg memberi rezeki.


cth. siti hajar - ditinggalkan suami di tgh pdg pasir.

usaha berlari2 anak. yakin Allah bantu.


cth. anak perempuan seorang penjual susu. di zaman khalifah Umar.

mak suruh campur air dlm susu yg nak dijual.

anak jwb, Khalifah Umar tak bg menipu.

mak jwb, Khalifah Umar bukan ada sini pun.

anak jwb, Tuhan Khalifah Umar nampak.


2. apabila dia melakukan dosa, dia akan terus bertaubat.

sebab takut tiba-tiba mati, tak simpan segala dosa.


3. beriman dgn nama Allah al-muhaimin menjadikan seseorang semakin cinta kpd Allah dan semakin mendekatkan dirinya kpd Allah dgn melakukan ketaatan dan amal soleh.

Yakin bila Allah memerhati, mengawasi - semakin sayang/cinta kpd Allah, semakin melakukan ketaatan kpd Allah.


4. sifat al-muhaimin menjadikan seseorang hanya berserah kpd Allah saja, dlm segala urusan kehidupannya dan bila ditimpa musibah, akan mengadu kpd Allah sahaja.

kenapa? sebab Allah saja yang tahu dan Allah berkuasa buat apa saja.

kalau mengadu kpd manusia, tak dapat bantu.

orang yg suka mengadu kpd manusia ni, dia tak yakin dgn Allah.


meluahkan = kongsi saja, minta pandangan.

mengadu = tahap bergantung kpd seseorang.


cth. Nabi Yaakob.

besar tak masalah dia? 10 anak yg jahat. nak bunuh pulak adik beradik sendiri.

apa Nabi Yaakob buat? serahkan pd Allah.


dalil: surah Yusuf ayat 45.

sesungguhnya aku mengadu penderitaank udan kesedihanku hanya kpd Allah.

.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup