Syaitan yang dirantai
Baca apa hari ini!
Syaitan DIRANTAI!
Mengapa masih berlaku maksiat dan kejahatan?
Masih ada orang yang tidak berpuasa, tidak solat, mencuri, berzina dll?
Apa maksud syaitan DIRANTAI?
Ada beberapa pandangan ulama:
1. Syaitan BENAR-BENAR dirantai atau diikat seperti lafaz hadis
2. KETUA-KETUA syaitan sahaja yang diikat. Syaitan-syaitan “SURUHAN” tidak dirantai, masih bebas.
3. Syaitan dirantai sebagai KIASAN manusia KURANG BERSEMANGAT untuk berbuat jahat bila masuk Ramadan.
4. Satu gambaran KEMEROSOTAN pengaruh syaitan yang menggoda dalam bulan Ramadan seolah-olah mereka terbelenggu.
5. KURANGNYA perlakuan jahat dan maksiat pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.
6. Allah MELEMAHKAN syaitan-syaitan daripada menggoda dan merangsang nafsu manusia (Qadi ‘Iyyadh)
7. Allah PERINTAHKAN manusia untuk berusaha MEMBELENGGU syaitan-syaitan (Mutawalli Sya’rawi)
Manusia melakukan kejahatan dan kemaksiatan bukan sahaja didorong oleh syaitan semata-mata tetapi juga dorongan lain seperti nafsu yang berada dalam diri, naluri-naluri kotor sedia ada, kebiasaan-kebiasaan yang jelik, godaan manusia dll.
JOM ikat syaitan.
USAHA030325
2RAM1446
Comments
Post a Comment