Tadabbur - Surah Hud Ayat 6 dan 7

 



2/11/25 - Tadabbur Abu Anas Madani


Live Pagi Ahad 02/11/2025 / 10 J. Ula 1447H Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani - Tafsir Surah Hud (03) Ayat [06-07] Allah Jamin Rezeki Hamba-Nya, Ujian Amalan Terbaik & Kafir Tuduh Sihir.

## Surah Hud Ayat 6:

1. JAMINAN REZEKI.

Untuk setiap makhluk yang bergerak di langit, di atas dan di dalam bumi.
Yang kaki dua, kaki empat, tak berkaki, yang melata, yang terbang - semuanya.
Dijamin dan Allah tahu tempat rezeki itu tapi kena usaha untuk mendapatkannya.

Rezeki dah ada, cuma manusia sendiri yang dianiaya, dicatu dan disekat di sempadan.

2. ALLAH TAHU DI MANA MAKHLUKNYA TINGGAL (ALAMAT).

Ada yang dalam bumi, dalam batu, atas bukit.

Rezeki tak salah alamat - hanya Allah tahu di mana alamat setiap makhluknya.
Hingga kubur pun kita tak tahu di mana.

3. SEMUA TERTULIS DI LOH MAHFUZ.

Semua itu telah termaktub di dalam kitab yang nyata (mubin) iaitu Loh Mahfuz.
50,000 tahun sebelum diciptakan manusia,  sudah termaktub.
Bayangkan:
Tempat lahir, tempat hidup, tempat mati = takdir hidup di dunia.

Surah al an-'aam ayat 54 5 kunci
- yang di laut, di darat.
- tak gugur sehelai daun tanpa Allah tahu.

Dengan mengenal Allah, kita lebih yakin dengan kehebatan/kekausaan Allah.
Macam mana kita boleh 


## Surah Hud Ayat 7:

1. ALLAH YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI.

Dalam tempoh 6 hari, bersemayam di atas Arasy.
Arasy yg terletak di atas air.
Kenapa Allah tak cipta gunakan "kun fayakun".
Allah nak ajar erti sabar, perlu lakukan berperingkat.

2. UNTUK MENGUJI SIAPA YANG TERBAIK AMALANNYA DI ANTARA KAMU

Hidup untuk diuji.
Yang taat kepada Allah akan menegakkan ajaran yang dibawa Rasulullah.
Yang tak mahu taat akan berkata ini hanyalah sihir semata-mata.


FAEDAH:

1. JAMINAN REZEKI.

Semua makhluk sudah ditetapkan rezekinya. tidak kira bangsa, jenis.
Sikit atau banyak diberikan bergantung kepada Allah.
Selagi hidup dan bergerak, ada rezeki.

2. WAJIB ATAS ALLAH BERI REZEKI.

Allah dengan sifat pengasih, penyayang, dengan limpah kurnia dan rahmatNya - beri rezeki kepada seluruh makhluk2Nya.
Bukan terpaksa menjadi bebanan pula.

3. AHSANU 'AMALA (SIAPA YANG TERBAIK DI ANTARA KAMU)

Aku dah jadikan kemudahan langit & bumi ni, aku nak tengok siapa yang terbaik amalannya.

Surah al-kahfi ayat 7:
Aku dah jadikan perhiasan di atas muka bumi ni, aku nak tengok siapa yang terbaik amalannya.

Surah al-mulk ayat  2:
Aku jadikan takdir mati dan hidup kamu, aku nak tengok siapa yg terbaik amalannya.

Ayat-ayat ini sebagai motivasi untuk menjadi orang yang terbaik amalannya.

4. ADANYA BALASAN DI AKHIRAT

Ganjaran berbuat amalan kebaikan.
Amalan yang baik itu macam mana?
a) amalan yang ikhlas (kerana Allah)
b) amalan yang benar - ikut sunnah (apa yang Nabi buat)

5. MAKHLUK BERNAMA ARASY

Arasy satu makhluk yang besar, duduk di atas air.




Comments

Popular posts from this blog

Doa - sekali baca seumur hidup

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kata-kata hikmah 2