Etika ber"WhatsApp"
Applikasi "WhatsApp" di telefon pintar sudah menjadi alat komuniaksi baru di zaman serba canggih ini. Satu ketika dulu, kita perlu membuat panduan tentang bagaimana menggunakan emel. Nampaknya hari ini, penggunaan telefon pintar, bukan saja di golongan profesional saja, tetapi sudah menjangkau ke golongan warga emas dan juga kanak-kanak.
Di bawah ini disenaraikan antara adab dalam kita berkomunikasi melalui WhatsApp ini, seperti yang diketengahkan di TV al Hijrah pagi tadi.
Tip 1. Bercakap secara berkumpulan, bukan secara individu.
Buat sedikit soal selidik tentang grup yang bari disertai. Fahami apa tujuan ahlli kumpulan it. Sesuatu yang dibincangkan hendaklah ditujukan kepada semua orang dalam kumpulan, bukan perseorangan.
Tip 2. Bercakap berkenaan subjek yang relevan untuk semua.
Lihat pula apa yang dibualkan di grup itu. Perkara yang dibualkan hendaklah mengenai topik yang relevan dengan ahli grup itu.
Tip 3. Respon dengan jawapan yang sempurna.
Apabila ditujukan kepada semua orang, menjadi tanggungjawab kita untuk menjawab dengan sempurna.
Tip 4. Pembaca setia - Jangan berdiam diri selamanya, cuba respon dalam masa yg terdekat.
Jangan hanya berdiam diri selamanya, sekadar menjadi pembaca setia. Cuba jawab semampu yang boleh. Sekurang-kurangnya beri respon mengatakan anda sibuk buat masa ini, dan akan menjawab kemudian.
Tip 5. Mohon izin sebelum meninggalkan grup.
Jika berasa kurang selesa atau tidak perlu dalam grup itu, sebaik-baiknya mohon izin untuk keluar. Ucapkanlah maaf dan selamat tinggal sekiranya perlu berundur dari grup itu.
Tip 6. Mohon izin sebelum menambah ahli dalam grup.
Bagi Moderator atau Admin pula, adalah lebih baik meminta izin untuk mengajak ahli baru ke dalam grup kita.
.
Tip 7. Jangan kongsi bahan/cerita yang tidak sopan.
Tip 8. Beradab dan bersabar seperti di alam nyata.
Tip 9. Pilih topik perbincangan yang tidak sensitif.
Tip 10. Jangan "spam".
Tidak perlu mengiklankan produk kita atau memanjangkan subjek yang tidak penting untuk semua orang.
Tip 11. Jika grup ditubuhkan untuk tujuan spesifik, bincang hanya topik yang relevan.
Topik-topik yang tidak relevan hendaklah dipantau dan jika perlu, dibuang oleh pihak Moderator.
Tip 12. Tahu etika menulis: elakkan penggunaan huruf besar dan tanda seru.
Perkara yang sama juga diajarkan untuk pengguna emel.
Ayat dengan huruf besar keseluruhannya, memberi tanda bahawa si penghantar sedang marah.
Begitu juga penggunaan tanda seru yang berkali-kali.
Kesimpulannya,
Selain WhatsApp, banyak lagi applikasi yang hampir sama fungsinya, di mana kita boleh gunakan tip-tip ini sebagai panduan.
Semoga dengan sedikit penjelasan ini, kita akan lebih berhati-hati dan berhemah semasa berkominukasi di alam maya.
tuan, boleh saya quote bahan ini bagi tujuan penghasilan media (non commercial)?
ReplyDelete