Kepercayaan adalah rezeki

Persona d Zahra @ikim.fm
22-02-16 Isnin

Kepercayaan pada diri sendiri adalah rezeki. 

Lebih mahal dari wang ringgit. Mempunyai kepercayaan yang kukuh adalah rezeki kerana apa yang kita percaya, itulah yang membentuk kehidupan kita.

Kenapa kita berjaya? Ada dua cara kita berjaya...
1. Allah bagi secara langsung (bertuah). Memang awal-awal sudah ditakdirkan berjaya, walaupun dalam bidang yang dia tidak ada kemahiran.

2. Sunnatullah, berusaha keras, sungguh2 mengikuat adat. Guan formula yang telah digunakan oleh orang2 yang telah berjaya. I

Orang percaya kepada kita juga adalah rezeki.

Jurujual yang ada barangan berkualiti tinggi, namun tidak terjual walau satupun, kalau sijurujual tidak dapat kepercayaan pengguna terhadap barangannya.

Ahli politik juga perlukan kepercayaan dari pengundi-pengundinya, untuk meningkat naik.

Dari segi perkahwinan, ibubapa sipengantin perempuan percaya yang lelaki pilihan itu mampu menjaga anaknya. Bermakna ibubapa siperempuan mempunyai kepercayaan yang anaknya selamat dijaga sisuami.

Utk orang percaya pada kita, kita kena percaya pada diri kita sendiri.

Untuk kita mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap kita,
1. kita mesti ada sistem kepercayaan kita sendiri,
2. kepercayaan itu bersifat ikhlas. Biar lahir dari tindakan yang jujur. Jangan bertopeng - yang memenatkan kita adalah menjaga topeng itu.

Dalam hubungan suami isteri, kepercayaan kedua- dua belah pihak amat kritikal.


Apa yang suami mahu dari perkahwinan?

1. Menjaga maruah isteri, hanya untuk suami. Jika dulu banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan rapat, bila sudah kahwin, perlu kurangkan masa dengan orang lain.

2. Menjaga maruah suami. Jangan menghebahkan aib suami.

3. Jaga qurratu ain (atau soft spot) suami. Isteri perlu kenalpasti soft spot suaminya. Hanya ada 3 atau 4 saja. Selagi isteri berjaya menjaga soft spot suaminya, semua perkara lain akan menjadi kecil pada suamianya.

4. Jaga kesihatan dan penampilan fizikal. Makan makanan yang berzat dan bervitamin. Penting menjaga fizikal sihat supaya boleh melayan syahwat suami bila diperlukan.

5. Didik anak2 menjadi soleh. Tugas suami mendidik isteri, tugas isteri pula mendidik anak-anak. Demi melahirkan keluarga yang sejahtera dunia dan akhirat.



Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2