Memperbanyakkan amal ini

JIWA TARBAWI 88

Allahu 'Azza wa Jalla dan KekasihNya Ar Rasul SAW telah menyuruh memperbanyakkan melakukan beberapa perkara. Di antaranya :

1. Banyak menyebut dan mengingatiNya dengan lidah dan hati...dalam semua keadaan..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥﴾

Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

Al Anfal : 45

إِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّـهِ وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿١٠﴾

Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Al Juma'ah : 10

2. Mengingati dan menyebut-nyebut tentang kematian..

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

(  أكثروا ذكر هادم اللذات : الموت  )

رواه الترمذي والنسائي

RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda :

" Perbanyakkanlah mengingati perkara yang dapat memusnahkan segala kelazatan "

HR Tirmizi, Nasaie


3. Memperbanyakkan menangis dalam mengingati ketaksiran atau kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya..

وعن أنس رضي الله عنه قال : خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ، ما سمعت مثلها قط ، فقال :

( لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا ) فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم ولهم خنين

( متفق عليه )

Daripada Anas RA berkata : Rasulullah SAW berkhutbah dengan khutbah yang aku tidak pernah mendengarnya sebelumnya, baginda bersabda :

" Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan ketawa sedikit dan kamu akan banyak menangis. "

Lantas para sahabat Rasul SAW menutupi kepala mereka dan menangis terisak-isak...

Muttaqun 'alaih


Namun... Inilah 3 perkara yang sedikit sekali seorang hamba itu lakukan....kerana manusia banyak yang lalai dan leka daripada mengingati Allah ta'ala dan dari bersiap sedia menghadapi kematian....bahkan bersukaria dengan kehidupan yang sementara...

Justeru sedarlah...

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2