Ingat akan mati
Perkongsian diskusi dhuha bersama Ustaz Roslan b Mohamed pada 29 Feb 2016 di MSSAAS.
"Cukuplah kematian sebagai peringatan"
Modal keimanan dan modal ilmu adalah modal penyelamat, tanpa keduanya hidup ini adalah palsu. Di akhirat nanti, perkiraan paling utama adalah iman dan amal. Penghujung kehidupan hanya 2 jalan iaitu samada dihumban ke neraka atau dimasukkan ke syurga Allah.
Hadis Rasulullah " Cukuplah kematian sebagai peringatan." (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu)Kematian adalah kepastian.
- Kematian ibarat pintu, setiap orang pasti memasukinya. Pintu yang sedia terbuka pintu kematian.
- Kematian diibarat gelas setiap orang pasti meneguknya
- Kata Sayidina Ali r.anhu "jika hari ketentuan tiba bagaimana aku mampu lari daripada nya..hari ini telah ditakdirkan aku menemuinya."
Surah Qaf:19
وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَٰلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ
Dan datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran: "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
Imam Khurtubi menyebut "mati itu sakit dan wajib dihadapi...sakit seperti ditikam dengan lembing dan dipaku dengan paku yang tajam dan diketuk dengan penukul yang tajam.
Disebutkan dalam sebuah riwayat, Nabi Musa a.s diberitahu kepadanya gambaran sakit hendak mati seumpama se ekor burung yang sedang terbang, lalu ditangkap dan dimasukkan dalam air yang panas menggelegak.
Sakitnya sakaratul maut..Antara dalil2 yang menegaskan dasyatnya sakaratul maut yang mengiringi perpisahan jasad dengan ruhnya, firman Allah:
وَجَآءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَاكُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya". [Qaaf: 19]
Juga Al Qiyamah: 26-30
كَلآ إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ {26} وَقِيلَ مَنْ رَاقٍ {27} وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ {28} وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ {29} إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ
"Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai kerongkongan. Dan dikatakan (kepadanya): "Siapakah yang dapat menyembuhkan". Dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan. Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan). Dan kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dihalau". [Al Qiyamah: 26-30]
Dan juga ayat2 lain...Al an'am 93, Al-imran:185, An-nisa':78 dan Al Baqarah: 281
Dari Anas ibn Malik..."sesiapa yang gembira menemui Allah, Allah gembira menemuinya."
Abdullah ibn Umar..."kebaikan seseorang mukmin adalah di saat kematiannya."
Dari Aisyah r.anha..."kematian adalah harta rampasan bagi orang mukmin." (Mati dalam keadaan diredhai dan bukan murka Allah).
Abu Said al Khudriyy..." alam kubur adalah taman dari taman-taman
syurga atau dari taman-taman neraka."
Persiapan menghadapi mati..menuju kematian husnul khatinah:
1. Melakukan amal soleh yang berterusan
2. Segera bertaubat dan beristighfar kepada Allah
3. Berlaku baik kepada kedua ibu bapa
4. Menjaga hubungan kekeluargaan dan silaraturrahim
5. Mencari dan belajar ilmu
6. Menambah nilai keimanan
7. Hidup dengan amalan zikir dan dia yang berterusan
8. Hidup bersama al Quran
9. Menziarahi kubur
10. Menziarahi orang2 sakit dan ambil ingatan
11. Jauhi kejahatan dan kemaksiatan
Kematian amat dekat...malaikat maut sentiasa menziarahi kita.
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dalam keislaman, akhirilah hidup kami dalam keimanan, akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik (husnul khatimah)”
Ikuti rakaman:
https://youtu.be/Ek07btF5MO8
https://youtu.be/EkAD2UQ9U20
Comments
Post a Comment