Tanda kenabian

Mari kita bersalawat kepada Nabi saw.

SEBAHAGIAN DARI TANDA-TANDA NUBUWAH دلائل النبوة NABI MUHAMMAD SAW SEMASA BAYI:

Dari kitab Imam Al-Baihaqi:

1. Ibu Nabi saw didatangi (tetamu terhormat) di dalam mimpinya memberi khabar gembira tentang anak yang dikandunginya adalah pemimpin umat akhir zaman. Ibu Nabi saw disuruh menamakan anaknya Muhammad saw.

2. Nabi saw lahir pada waktu malam dua belas Rabi' Al-Awal tahun Gajah.

3. Rumah Nabi saw bercahaya semasa kelahirannya. Bintang-bintang kelihatan datang menghampiri bumi.

4. Nabi saw lahir dengan kedua-kedua matanya terbuka dan melihat ke arah langit. Tak ada bayi yang lahir matanya terbuka.

5. Nabi saw lahir sudah berkhatan sempurna. Tiada bayi lahir sudah berkhatan.

6. Kaum ibu Quraish mengikut adat mereka akan datang beramai-ramai melihat bayi baru lahir. Mereka datang sehingga subuh dan berkata tidak pernah melihat bayi seperti Nabi saw.

7.  Orang-Orang Quraish yang datang dan melihat wajah Nabi saw semasa bayi mengakui bahawa mereka mendapat kehormatan dengan hanya melihat wajah Nabi saw.

8. Pendita-pendita Yahudi melihat terbitnya bintang yang bernama Ahmad semasa Nabi saw lahir. Mereka sudah tahu bahawa Nabi saw terakhir sudah lahir. Mereka semasa itu tinggal di Mekah dan Madinah kerana menunggu kedatangan Nabi saw.

9. Istana-Istana Busra di bumi Syam (Palestine, Jordan, Lubnan, Syria) diliputi cahaya ketika kelahiran Nabi saw.

10.  Semasa Nabi saw lahir, berlaku gempa bumi di bumi Parsi dan runtuhnya tiang-tiang bangunan besar Kisra. Api sembahan orang Parsi terpadam yang selama ini tidak pernah padam.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup