Perihal beramal

JIWA TARBAWI 113

...amalan dinilai pada penghujung umurnya..

ففي صحيح البخاري من حديث سهل بن سعد رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: 
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

Dalam Sahih Bukhari, daripada Sahal bin Sa'ad RA bahawasanya Nabi SAW bersabda :

" Sesungguhnya seorang hamba itu beramal dengan amalan ahli neraka sedangkan ia adalah di kalangan ahli syurga, dan seorang hamba itu pula beramal dengan amalan ahli syurga sedangkan ianya adalah di kalangan ahli neraka. Hanyasanya segala amalan itu dinilai pada penghujung (umur)

اخرجه الإمام احمد ، قَالَ أَنَسٌ بن مالك رضي الله عنه :
لَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَعْجَبُوا لِعَمَلِ رَجُلٍ حَتَّى تَعْلَمُوا مَا يُخْتَمُ لَهُ بِهِ فَقَدْ يَعْمَلُ الرَّجُلُ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ أَوْ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ عَمَلًا سَيِّئًا لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ مَاتَ عَلَى شَرٍّ فَيَتَحَوَّلُ إِلَى عَمَلٍ صَالِحٍ فَيُخْتَمُ لَهُ بِهِ وَقَدْ يَعْمَلُ الْعَبْدُ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ أَوْ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ عَمَلًا صَالِحًا لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ مَاتَ عَلَى خَيْرٍ فَيَتَحَوَّلُ إِلَى عَمَلٍ سَيِّئٍ فَيُخْتَمُ لَهُ بِهِ 
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, bahawasanya Anas bin Malik RA berkata;
" Jangan. Janganlah kamu kagum dengan amalan seseorang sampai kamu mengetahui apa yang dilakukan di penghujung(umur)nya. Ada kalanya seseorang beramal beberapa waktu atau beberapa lama dari umurnya dengan amalan buruk, seandainya dia mati saat itu maka dia mati dalam kejahatan, namun dia berubah ke amal saleh sehingga ditutup dengan amal salehnya. Sebaliknya terkadang ada seorang hamba yang beramal beberapa waktu atau selama hidupnya dengan amal yang saleh, jika dia mati saat itu, maka mati di atas kebaikan, namun dia berubah beramal buruk dan akhirnya ditutup dengan keburukannya. "( Hadis marfu' )
عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ رواه الترمذي

dari Humaid dari Anas dia berkata;  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
" Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Dia akan menggunakannya. Lalu ditanyakanlah pada Baginda : 'Bagaimanakah Allah menggunakannya wahai Rasulullah?' Baginda menjawab: Dia akan memberinya taufiq untuk beramal saleh sebelum dijemput kematian."

HR Tirmizi

Justeru... Beristiqamahlah hingga akhir hayatmu..

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup