Persediaan untuk bakal jenazah
share knowledge dari Kursus Jenazah :
⭐sebaik sahaja menghembuskan nafas terakhir, sebelum memberitahu orang ramai, hendaklah BERSIHkan jenazah dulu.
- buka semua pakaian (bogelkan)
- cabutkan gigi palsu (kl ade)
- lap dengan kain basah seluruh anggota badan
- sapu minyak di sendi sendi anggota (tujuan melembutkan)
- tutupkan aurat , bhg leher ke bawah dgn kain batik lepas dan pakaikan tudung utk wanita (balut / tutup dgn kemas supaya bila mayat diangkat, aurat masih terpelihara. aurat org mati = aurat ketika solat).
- ikat dagu, untuk elak mulut menganga (lubangkan bhg letak dahu dan ikat tali ke belakang telinga, spt contoh yg ustazah dah tunjuk)
- tutupkan mata (selawat dan baca doa spt yg dah diajar oleh ustazah - pls refer buku nota)
- untuk mayat yg bermalam / masih lama menunggu urusan pengkebumian :
- untuk elak kembung , letakkan gunting atas perut (utk elak kembung)
- letakkan mayat di bhg lebih tinggi (contoh katil), awasi semut atau serangga, bakar 'Setanggi' atau letak minyak di kaki katil atau bakar gula (terutama pesakit kencing manis)
♦MUST HAVE in the house :
-----------------------------------------
1 luggage with below :
- 4 helai batik lepas
- 4 helai tuala mandi
- Tudung Sarung Paras Dada (tutup aurat wanita)
- Tudung Bawal Putih (tutup bhg muka)
- Minyak zaitun/baby oil
- Towel kecil utk lap
- Minyak Atar
- Tali utk Ikat Dagu-kepala
- 1 helai pampers dewasa
*** pesan pada semua ahli isirumah ..beg ni isi utk persediaan mati dan beritahu mana kita letak luggage ni .
⚡⚡: mayat dalam keadaan bersih dan rapi auratnya, sebelum orang ramai datang ziarah dan diserahkan kepada Masjid atau team khairat kematian utk urusan mandi , kapan dan pengkebumian.
*sebaik baiknye kite sentiasa menjaga kebersihan terutama bhg bhg sulit/ kuku/celah kuku/dalam pusat/ bhg nipple etc .. sbb kalau kita mati lebih senang orang membersihkan kita.
*set kain kapan bagus beli siap utk tujuan INGAT MATI. Wbp setiap masjid atau team khairat kematian memang dah ada ready stock. Hanya perlu sediakan duit tunai utk tujuan tersebut.
** lihat keadaan persekitaran kita,
SIAPA yg berpotensi utk menguruskan jenazah kita . Berbaik dengan JIRAN tetangga, dekatkan diri dgn RAKAN SOLEH oleh dan boleh mula lazimi MASJID dan aktifkan diri dgn kariah masing masing..
*sebaiknya, diuruskan oleh ahli keluarga sendiri, wbp jika tiada pengetahuan, boleh serahkankan (dengan Akad) kepada team khairat kematian.
Comments
Post a Comment