Mulakan amal di awal pagi
Jiwa Tarbawi: JIWA TARBAWI 177 MODUL TARBIYYAH RUHIYYAH FARDIYYAH KE 2 Modul Tarbiyyah Ruhiyyah Fardiyyah... Aturkan jadual ibadahmu sejak TERBIT FAJAR SEHINGGA TERBIT MATAHARI... Apabila azan subuh dikumandangkan di masjid atau surau...jawablah azan itu sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tidak sayugianya sebagai seorang hamba Allah tidak mengambil peduli dengan seruan azan itu dengan melakukan perkara lain melainkan menjawabnya. Seruan azan adalah seruan dari Allah 'Azza wa Jalla sebagaimana yang disebut dalam doa selepas azan... ( اللهم رب هذه الدعوة التامة ) " Ya Allah Tuhan Empunya seruan yang sempurna ini ...". Seringkali seorang akh muslim cuaikan tentang perkara ini... Kemudian solatlah sunat dua rakaat subuh. Usahakanlah sungguh-sungguh solat sunat ini kerana ganjaran sangat besar. ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها، روى مسلم في صحيحه من حديث عائشة - رضي الله عنها -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيه..