Asmaul husna: tip hidup mudah di dunia

TeknikAsmaulHusna:
TIPS HIDUP MUDAH DI DUNIA

Langkah-langkahnya:

1.Lakukan #ZikirPenyucian
2. Memohon pengajaran kenapa disempitkan olh ya Qoobidh:

#BicaraHati buat kalian yang kesempitan wang :

Allahumma Ya Qoobidh yang maha menyempitkan, tunjukkan kepada kami kesalahan dan dosa kami sehingga Engkau menyempitkan kami.

Sekiranya kami lalai selama ini kepadaMu, ampunkan kami ya Allah ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab.

Sekiranya kelapangan wang selama ni membuat kami membazir dan membeli perkara yang Engkau tidak redhai, sucikan sifat-sifat membazir dan sia-sia dalam hatiku.

Sekiranya wang ringgit yang membuat kami sombong kepadaMu dan kepada manusia, ya Quddus ya Jalil, sucikan penyakit sombong.

Allahumma ya Mukmin, sekiranya dengan ada wang ringgit, kami tidak bersedeqah kepada fakir miskin dan anak yatim, ampuni kami ya Ghaffar dan ya Rahman ya Rahim, masukkanlah rasa kasih dalam jiwa kami kepada orang miskin dan anak yatim agar kami mampu menolong mereka.

Ya Ghafar Ya Ghofur, ampunkanlah kami kerana selama ini melakukan segala laranganMu, tidak taat kepadaMu.

Ya Tawwab Yang Maha menerima taubat, kami yaqin Engkau pasti menerima taubat kami. Terimalah kami hambaMu yang berdosa ini. Kami menyerahkan diri kami kepadaMu, bimbinglah kami Ya Hadi Ya Haq. Ya Sami Ya Mujib, benar Engkau Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan. #Ameen
.
.

3. Memohon kelapangan:
Allahumma ya Baasith, kurniakanku kelapangan jiwa, fikiran dan wang, sekiranya ianya baik bagiku. Jadikan wang ini membuatku lebih dekat dgnMu.

#JadilahPenolongAgamaAllah
#LakukanSuruhanAllahTinggalkanLaranganNya

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2