Tingkatkan amalan di Nisfu Shaaban
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
“Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.
..........................................
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak.
Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Comments
Post a Comment