Erti ukhuwah

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 172

Apakah manusia sudah 'mabuk' sehingga tidak menyedari permusuhan dan kebencian adalah mainan syaitan laknatullah 'alaih...

Sehingga mereka sudah tidak ingat dan takut pada Allah Rabbul Jalil...

﴿ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴾ 
سورة المائدة : 91

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Al Ma'idah: 91

Sabda Rasulullah SAW:

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا تَوَادَّ اثْنَانِ فَفُرِّقَ بَيْنَهُمَا إِلَّا بِذَنْبٍ يُحْدِثُهُ أَحَدُهُمَا

[رواه أحمد عن ابن عمر ]

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya".
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

وقال الإمام المزني:
إذا وجدت من إخوانك جفاء، فتب إلى الله، فإنك أحدثت ذنبا، وإذا وجدت منهم زيادة ود، فذلك لطاعة أحدثتها، فاشكر الله تعالى

Imam Muzni berkata:
"Apabila engkau mendapati pada saudaramu rasa kerenggangan (kebencian), maka bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya engkau telah melakukan dosa. Apabila engkau mendapati pertambahan kasih pada mereka, yang demikian itu adalah kerana ketaatan yang engkau telah lakukan, maka bersyukurlah kepada Allah".

Justeru, kembalilah kepadaNya semoga bertaut hati-hati kita...

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2