Hak sesama muslim

Kuliah Maghrib Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim.
Kitab :  NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN

daripada usair bin jabir berkata. menceritakan umar al khatab didatangi dari rombongan musafir dari yaman. adakah dari kalangan kamu ini ada tak nama uwais bin amir. uwais mengadap. tanya umar dakah kamu uwais. jawap uwais ye.  adalah kamu berasal dari qorni. ye. jawap uwais. benarkah kamu pernah kena satu penyakit kulit dan telah pulis dan tinggal 1 tanda sebesar 1 dirham. jawap uwais. ye. adakah kamu ada seorang ibu. jawap uwais . ye.

nabi pernah cerita mengenai uwais ni pd umar. doa uwais makbol. umar minta uwais doakan agar ampunkan umar. maka uwais doakan umar agar umar diampunkan.

umar tanya uwais. lepas ni nak kemana. aku mahu ke kuffah. umar arahkan pembantu menulis surat ke orang besar kuffah agar melayan uwais dengan sebaik baiknya. tetapi uwais tak mahu. dia cakap aku mahu dikenali sebagai seorang yg fakir.

uwais ni tabi'in. dia memang tak dikenali oleh manusia tetapi dia hanya mahu dikenali oleh penduduk langit.

uwais mengajar kita, kalaulah kita ditakdirkan hidup diatas dunia ni orang tak kenal, jangan bimbang, kedudukan kiita akan besar disisi allah kerana taqwa.

allah benci 3 perkara.

1. seseorang yang menceritakan sesuatu yang tidak jelas. pastikan kita nk cerita sesuatu tu dari sumber yg sahih.

2. banyak bertanya benda yg tak berfaedah. benda2 yg mensarabutkan kamu, jangan dibincang.

3. orang yg membuang buang hartanya. orang yg membazir. tanpa ada manafaat utk agama. tanpa ada manafaat utk dunia.

hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain.

rasululah s.a.w bersabda. hak seorang muslim terhadap seorang muslim yg lain ada 6 perkara. sahabat bertanya. apakah dia ya rasulullah.

1. jika anda menemuinya, hendaklah memberi salam.

2. jika mengundang kamu, hendaklah kamu memenuhi undangannya.

3. jika ia minta nasihat, hendaklah menasihatinya.

4. jika ia bersin dan sebut alhamdulillah, hendaklah kamu mendoakannya.

5. jika ia sakit, hendaklah kita ziarahnya.

6. jika ia mati, hendaklah turut hantar jenazahnya ke kubur.

huraian.

1. kita sekarang ni beri salam pd orang kita kenal je. hak beri salam sunat. hak menjawap,wajib.

2. kalau ada sebab yg kuat untuk kita tak dpt hadir undangannya, tiada masalah.

3. jangan memilih siapa yg kita  nak nasihat. kalau tak de yg dtg minta nasihat, kita pegi jumpa orang2 soleh utk dia nasihat kita.

4. jika dia sebut alhamdulillah, kita jawap yahamkallah.

6. walaupun masa hidupnya, kita amat membencinya, jika dia mati, kita dianjurkan utk menghantar jenazahnya.

diantara hak2 lain yg dituntut ialah memperbykkan nasihat menasihati tentang agama, membantu dlm mengerjakan kebajikan dan bertaqwa kepada allah. ajak utk membuat ketaatan terhadap allah.

antara hak2 yg terpenting lain ialah.

1. menutup keaibannya.
2. meringankan kesusahannya.
3.membantunya dlm segala perkara penting dan perlu.
4. memenuhi segala hajat dan keperluannya.
5. menghapuskan duka nestapanya.
6. membelanya jika teraniaya.
7. menolongnya jika lemah.
8. meringankan bebanan hidupnya.
9. menghormati orang tua.
10. berbelas kasihan terhadap yg kecil.
11. tiada menyusahkan seorang muslim yg lain, tiada menyia-nyiakannya, menghinanya, memandang rendah terhadap dirinya.
12. tiada mencaci seorang muslim atau mengejek ngejeknya.
13. tidak menipu seorang muslim yg lain.
14. tiada mendengki seorang muslim, dendam terhadapnya, menyangka sesuatu yg tidak baik terhadanya.
15. hendaklah mengambil berat terhadap urusan kaum muslimin, gembira ketika mereka senang dan bermuram ketika mereka dlm kesusahan.
16. hendaklah mengharapkan sesuatu yg baik bagi mereka sebagaimana ia mengharapkan bagi diri sendiri. membenci sesuatu yg tidak baik bagi mereka sebagaimana ia membencinya utk diri sendiri.

dengki adalah sifat iblis.

didiklah anak dengan akhlak. jangan didik dengan gajet.

antara yg perlu dihormari didalam masyarakat ialah orang soleh dan orang tua.

jangan berkira dengan mak ayah kita, orang2 tua.

Sekian. Semoga Bermanafaat
Dicatit oleh : Normasri

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2