Tip mengerjakan haji

Mukram Muhammad Taib:
Ibadah kita bermula dgn iman, kasih dan yakin pd Allah, dan bertemu dgn Allah di Akhirat.

Tujuan adalah ibadah pd Allah. Dgn cara betul sebagaimana disyariatkan dan tenang.

Hasilnya adalah keampunan dan syurga.

Ketika menunggu sampai pd hari wukuf diarafah

Terdapat beberapa perkara apabila dijaga maka ibadah kita akan selamat.

Perjalanan : Masa sangat terbatas,  pilih yg penting.
hanya ada 4 perjalanan.
1. solat fardu berjamaah, tawaf sunat, solat sunat,  tilawah Quran, iktikaf
2.umrah.
3. Haji.
4.Berjalan balik, makan,  rehat dan membeli keperluan.

Pakaian : jubah dan kain ihram perlu sentiasa sedia dan bersih.  (Beli je sabun,  basuh dlm 5-10 minit dan jemur. ) kalau ke dobi nak kena keluar, tunggu dan patah balik.  Boleh jee..

Makan:
Buat perancangan masa makan. Pagi,  tengahari dan malam.  Jadikan kurma makanan yg sentiasa dibawa.  Beli kurma letak dlm plastik bekalan dlm masjid,  kalau lapar makan.  Tak payah abis masa keluar. Ibadah lah dengan tenang,  sentiasa ingat tujuan.

Fokus pd  melihat kebesaran Allah, syukur dan kembali pd Allah dgn cara beribadah, tawaf, iktikaf, solat,  tilawah,  doa dan zikir

Minum : Minum Zam-zam,  bawa botol kecil isikan dgn zam zam (blh juga digunakan utk wuduk,  ketika sesak org ramai, tawaf atau  saei. Dan dipdg Arafah. )

Kesihatan :
Rehat, (dlm masjid )makan buah,  kurma dan vitamin.  Minum banyak zam zam.

Losyen utk kulit. Elak drpd pecah.  Ketika dah ihram tak payah pakai,  Sebelumnya ok.

Ringkasan penting:
1. Masjid, solat,  tawaf, tilawah al-quran, doa, zikir dan tasbih

2. Kurma dan zam-zam

3. Jangan lupa isteri anda.  Ajak dia bersama beribadah.

Nota ringkas utk sahabat dan jamaah haji.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2