Kaya yang sebenar
JIWA TARBAWI 175
Di antara hasil tarbiyyah ....
manusia yang kaya jiwanya ...
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.”
Riwayat Imam Bukhari
Sabda Ar Rasul SAW :
"يا أبا ذر أترى كثرة المال هو الغنى ؟ قلت : نعم يا رسول الله ، قال : أفترى قلة المال هو الفقر ؟ قال : قلت : نعم يا رسول الله ، قال : إنما الغنى غنى القلب ، والفقر فقر القلب" .
" Wahai abu zar, adakah engkau berpandangan kekayaan itu ialah kaya harta?"
aku ( abu zar ) berkata:
" Ya wahai Rasul Allah "
Sabdanya lagi :
" Maka apakah engkau berpendapat kekurangan harta itu satu kefakiran ? "
aku ( abu zar ) berkata :
"Ya wahai Rasul Allah "
Sabda Baginda SAW :
" Hanyasanya kekayaan itu ialah kaya hati, dan kefakiran itu ialah fakir hati "
HR Muslim
iaitu hati yang kaya dengan sifat-sifat mulia, yang merasa cukup dengan apa sahaja pemberian anugerah Allah
ABi
Comments
Post a Comment