Perihal husnul khotimah

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 187

Husnul khatimah ( kesudahan yang baik ) bererti bila mana kehidupan seorang hamba Allah itu ketika sebelum matinya, menjauhi apa yang dimurkai Allah, bertaubat dari dosa dan maksiat, dan melakukan ketaatan dan kebaikan. Lalu kematiannya setelah itu dalam keadaan yang baik dan saleh.

Sebagaimana yang dapat difahami daripada hadis Rasulullah SAW :

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( إذا أراد الله بعبده خيراً استعمله ) قالوا : كيف يستعمله ؟ قال : ( يوفقه لعمل صالح قبل موته )

رواه الإمام أحمد (11625) والترمذي (2142)

Dari Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda ( maksudnya ):

" Apabila Allah mengkehendaki kebaikan pada seorang hamba itu, Dia akan mempergunakannya. Mereka ( para sahabat ) bertanya : Bagaimanakah Dia mempergunakannya? Rasulullah SAW bersabda : Dia menjadikan amalan hamba itu berteoatan dengan amal saleh sebelum matinya . "

HR Ahmad 11625, Tirmizi 2142

إذا أراد الله بعبد خيرا عسله، قيل: وما عسله ؟ قال: يفتح له عملا صالحا قبل موته، ثم يقبضه عليه
[ رواه أحمد

Apabila Allah mengkehendakki kebaikan pada diri seseorang hamba itu, Dia akan memaniskannya” Sahabat bertanya: ”Apa itu memaniskannya Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: ”Dia akan memberi ia petunjuk untuk melakukan amalan soleh saat menjelang ajalnya, kemudian Dia matikannya dalam keadaan itu” 
HR Ahmad 17330

Bagi husnul khatimah ada alamat dan tandanya. Sebahagiannya dilihat oleh seseorang ketika saat-saat kematiannya datang. Dan sebahagiannya disaksikan oleh manusia lain.

Ada hamba-hamba Allah terpilih untuk merasai sendiri ketika saat matinya, tanda-tanda redha Allah ta'ala dan layaknya kemuliaan dianugerah padanya seperti mana turunnya malaikat membisikkan kegembiraan janji syurga kepada mereka yang beriman dan beristiqamah dengannya.

Firman Allah 'Azza wa Jalla :

إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون

فصلت : 30

Dalam sebuah hadis Ar Rasul SAW 3

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ فَكُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ فَقَالَ لَيْسَ كَذَلِكِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا بُشِّرَ بِرَحْمَةِ اللَّهِ وَرِضْوَانِهِ وَجَنَّتِهِ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا بُشِّرَ بِعَذَابِ اللَّهِ وَسَخَطِهِ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

Dari Aisyah RAha : Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun suka bertemu dengannya . Barangsiapa yang benci berjumpa dengan Allah, maka Allah pun benci berjumpa dengannya. Lalu aku ( Aisyah )  bertanya; 'Wahai Rasulullah, apakah itu maksudnya juga benci kepada kematian, padahal setiap kita membenci kematian?  '
Baginda lalu bersabda: " Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila telah diberi khabar gembira dengan rahmat dan keampunan Allah, ia suka untuk berjumpa dengan Allah dan Allah pun senang berjumpa dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila telah diberi kabar dengan siksa Allah dan kemurkaanNya, maka ia benci berjumpa dgn Allah dan Allah pun benci berjumpa dengannya. "

HR. Muslim No.4845

Berkata Imam Nawawi RH :

' Makna hadis itu, sesungguhnya kesukaan dan kebencian ( bertemu Allah ) menurut syarak ialah berlaku ketika nazak iaitu keadaan yang mana taubat sudah tidak diterima lagi, di mana terbuka keadaan yang bakal dilalui oleh bakal si mati '

Justeru.. persiapkanlah bentuk akhir khatimah kehidupan mu wahai hamba Allah..

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup