Pahala seperti bermusafir
1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pahala Yang Sama Untuk Musafir dan Orang Sakit
فَقَالَ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Abu Burdah berkata; "Aku sering mendengar berkali-kali Abu Musa berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: “Jika seorang hamba sakit atau bermusafir, maka akan dituliskan baginya seperti apa yang diamalkannya ketika ia bermukim dan sihat” (HR Bukhari No: 2774) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Lakukanlah amal soleh dengan sempurna dan sebaik-sebaiknya semasa kita dikurniakan kesihatan dan bermukim
2. Allah akan memberi ganjaran pahala yang sama bagi orang yang sakit jika semasa dia sihat dia melakukan amal tersebut (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)
3. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir terhadap amalan yang sebelum ini dilakukan semasa dia bermukim (semasa bermusafir tak dapat untuk dilaksanakan)
Ayuh sahabat kita bersifat RAHMAH dengan sentiasa istiqamah dengan amal solleh semasa sihat dan bermukim.
Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
22hb September 2016
20 Zulhijjah 1437H
Comments
Post a Comment