Asmaul husna: Doa untuk pesakit

TeknikAsmaulHusna:
DOA BUAT KELUARGA YANG SEDANG BERADA DI ICU

Doa bicarahati utk kes icu:

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' Ya Mujib,

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha mendengar.

Dengarilah bicara hati hambaMU yang lemah ini.

Allahumma Ya Bashir Ya Syahid, Ya Allah sesungguhnya Engkau memandang dan menyaksikan sentiasa suamiku/ibu/Ayah/ anakku.

Engkau Ya Alim Maha  mengetahui apa yg sedang berlaku dlm tubuhnya kerana Engkau Ya Khooliq yang menciptakan seluruh sistem tubuhnya dan Engkau Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari mengatur dan menguruskannya. 

Ya Rahman Ya Rahim, daku mohon belas kasihMu utk mengembalikan kesihatannya kerana Engkaulah Ya Salam pemilik kesihatan dan Ya Muid yg mampu mengembalikan kesihatan, & menyedarkannya.

Ya Allah Ya Malik, tubuhnya milikMU, rohnya juga hakMU. semuanya dalam genggamMU.

Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kekuatan pada tubuhnya adalah milikMu, kurniakan semula kekuatan itu kepada tubuhnya agar dia dapat bergerak kembali.

Allahumma Ya Muhyi, hanya Engkau yg mampu menyedarkannya, daku mohon disedarkan dia ini agar dia boleh kembali rukuk dan sujud kpdMU.

Namun..
Ya Qadir sesungguhnya Engkau Maha Berkehendak. Ya Muqtadir lagi Maha Menentukan takdir.

Jadikan daku hamba yang redha atas segala ketentuan kerana sesungguhnya kehendak MU lah yang terbaik buat setiap hamba.

Engkau Ya Quddus Maha suci lagi Maha sempurna dari sebarang kesilapan..

Tiada cacat celanya bg setiap peristiwa yg Engkau datangkn kepada kami, sesungguhnya Engkau Ya Alim Maha tahu apa yang terbaik buat hambaMU..

Aamiinn Ya Mujib

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup