Memaafkan lebih baik
(Mutiara Kata : izat_liyana)
Tomato!!
��Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah.
��Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar2 tersebut.
��Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.
��Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa tomato mereka.
��Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.
��Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.
��Hari-hari berlalu, pelajar2 mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.
��Pelajar2 yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.
��Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar
�� "Bagaimana anda rasa minggu ini?" Pelajar2 mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato.
��Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam *_hati_* anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang.
��*_*Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana.*_*
��Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan *_kesan kepahitan hati anda_* kerana anda membawa ia setiap hari."
�� Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini.
�� *_Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda._*
�� Ini akan membuat *_Ruang_* untuk menyimpan *_perkara yg baik2._*
��Ianya lebih baik, tidak pahit.
Comments
Post a Comment