Insurans nyawa 3

TeknikAsmaulHusna:
PENCERAHAN TENTANG INSURAN NYAWA (sambungan)

Tahap ke3:

Hamba yg hatinya tiada lain melainkan Allah saja. Melalui penyucian hati, dia dikurnia cahaya makrifah dan melalui cahaya makrifah, dia kenal Nama dan sifat2 Allah dan Allah ya Haq kurniakan hati mereka ini haqqul yakin. Maka dgn haqqul yakin, dia benar2 yakin dgn cara hidup Rasulullah saw yg cukup sederhana dan tiada simpanan harta dunia. Setiap saat hidupnya dihabiskan dgn ibadah dan berbakti, tiada niat bercari duit dan harta dunia. Semuanya dicukupkan olh ya Muqit. Dia sentiasa diberi kesejahteraan, tiada sakit lagi, maka golongan ini tidak memerlukan insuran. Mereka cukup yakin bahawa Allah tidak pernah menyakiti hambaNya, tetapi sentiasa memberi kasih syg di dunia dan akhirat. Hati dan jasad golongan ini tiada rasa kesempitan, tiada kesakitan dan penderitaan. Apa pun takdir Allah kp mereka, diterima sebg hadiah dari kekasih ya Waduud. Golongan ini tidak memerlukan insurance, cukup bagi mereka jaminan dari ya Hafiz ya Muhaimin, ya Razzaq, ya Muqit, ya Nafi'.

Utk mencapai tahap ke3, seseorg itu perlu konsisten dlm penyucian hati, zikir memuji Allah sebaik2nya 40x setiap Nama Allah disertai bicarahati memuji ya Hamid. Setiap hari hidup dlm agenda ya Baari', solat malam, solat2 sunat, solat fardhu diawal waktu, berzikir, ziarah org sakit, berinfaq, membela anak2 yatim, saudara mara yg susah, warga emas, oku dll kebajikan.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup