Inspirasi - prof muhaya
Listening to Ikim; Segmen Inspirasi bersama Prof Dr Muhaya
Di sebalik kejayaan yang Prof kecapi, beliau juga diuji dgn pelbagai macam ujian, sama seperti manusia biasa.
Di usia 15 tahun: ayah berpoligami
Di usia 17 tahun: ayah dan mak beliau bercerai
Beliau boleh memilih utk stress, malas belajar akibat masalah keluarga.
Tetapi beliau reset minda. Sehingga beliau menjadi Top Student!
Beliau dikurniakan 2 anak perempuan & 1 anak lelaki. Anak lelaki beliau seorang yang slow learner.
Bayangkan, suami isteri doktor pakar, tetapi anak lelaki slow learner. Beliau dah bawa treatment sehingga ke UK, USA tetapi tiada perubahan.
Pernah beliau bersuara dgn seorang sahabat.. "saya risau, dgn anak lelaki saya. Bagaimana hidup dia bila saya dah x ada di dunia"
Dan sahabat beliau jawab.. "I believe, dia akan mati dahulu sebelum you"
Dan esoknya, anak lelaki beliau collapsed ketika beliau bawa keluar ke Warta Giant Bangi. Dan terus meninggal dunia....
Keluar jam 4 ptg utk ke shopping, balik rumah jam 9pm dgn membawa jenazah anak lelaki...
Allahuakbar....
Now saya yakin, di sebalik manusia yang BERJAYA itu, sebenarnya mereka telah melalui fasa ujian yang sangat hebat hingga mereka berada di mana mereka sekarang....
Jika kita ingin menjadi hebat, maka tanya diri...
"Adakah aku sudah cukup bersedia untuk diuji?"
Kalau dgn ujian dan cabaran yg ada sekarang pun, kita masih mengeluh, masih buang masa, masih leka, masih teruskan dgn rutin yang sama... adakah layak untuk Allah beri kejayaan yang BESAR untuk kita??
Ingat ni..
Tidak ada satu zarah kebaikan yang kita lakukan yang kebaikan itu tidak akan datang semula kepada kita... Semua itu TIDAK sesekali terlepas dari pandangan Allah.
Tiada kejayaan yg jalan ceritanya dihiasi carpet merah dari awal perjalanan.
Comments
Post a Comment