Tentang keyakinan

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 200

.. bila hati diliputi kejahilan terhadap diri sendiri

قال ابن عطاء الله في الحكم :
أجهل الناس من ترك يقين ما عنده لظن ما عند الناس

" Sejahil-jahil manusia ialah seorang yang meninggalkan keyakinan yang ada padanya untuk menerima persangkaan yang ada pada manusia "

Al Hikam Ibnu 'Athaillah

Seseorang yang meninggalkan keyakinan tentang keaiban dirinya, kerana terpesona dengan sangkaan manusia terhadap kebaikan dirinya, maka dialah sejahil- jahil manusia. Ini disebabkan ia mendulukan persangkaan terhadap keyakinan. Ia mendulukan apa yang bukan pada pengetahuan tentang dirinya berbanding apa yang ia tahu tentang dirinya. Ini merupakan penyelewengan tazkiyah nafs yang bahaya kerana bakal terjerumus pada lembah ghurur ( tertipu ).

Justeru , ... kenalilah diri mu dengan suluhan ilmu yang benar.

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup