Kuasa doa

‏Bila kecewa dengan prestasi diri, jangan sesekali mencela diri dengan kata-kata negatif, anggap diri kurang berguna, mengutuk diri sebagai bodoh, sial dan sebagainya, kerana Nabi bersabda bahawa Malaikat mendoakan kata-kata kita.

Cukuplah berdoa kepada Allah swt agar menambahkan prestasi, kualiti diri kita dan bukanlah menghina diri dengan kata-kata kutukan terhadap diri itu BUKAN ciri rendah diri yang baik. Matannya :-
لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
‏Ertinya : Janganlah kamu mendoakan dirimu kecuali dengan baik kerana sesungguhnya Malaikat meng 'ameen' kan apa yang kamu katakan. ( Sohih Muslim)

Baginda nabi turut mengajar kita pada setiap kali ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini agar berdoa :

اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها
Ertinya : Ya Allah, ganjarilah daku pafa musibah yang menimpaku ini dan gantikan ia dengan yang lebih baik darinya.

#DrZaharuddinAbdRahman

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup